The Magnificient



The Magnificient, originally uploaded by IzaD’s photoground™.

Foto teaser untuk travelku ke Istanbul, Turkey.

Istanbul memang indah

Sambung lain hari…


Minimalist

I'm no photog...

Kawan-kawan aku banyak bertanya mengenai gambar-gambar yang aku ambil. Soalan yang acap kali ditanya adalah ‘ko edit bagi lawa ke nih’.  Dan aku teragak-agak untuk memberi jawapan. Jika kata tidak pasti aku menipu diri, jika ya pasti aku akan menunjukkan kelemahan diri. Tapi jawapan yang aku selalu berikan adalah ‘yes and no’. Memang hampir semua gambar aku diedit disebabkan aku suka mengambil gambar dalam format RAW berbanding format JPEG. Jadi dalam RAW semestinya gambar perlu diedit dalam ‘digital darkroom’ untuk mendapatkan hasil yang kita mahu. Jadi di sini kekadang di awal pembabitan aku dalam editing aku rasa memang agak berlebihan dalam mengedit gambar.

Tapi lama-kelamaan aku terfikir perlukah semua editan ini? Menipukah aku dengan mengedit gambar secara berlebihan? Nak tak nak kerja-kerja edit ni memang dah tak boleh dipisahkan dari dunia digital. Cuma sejak kebelakangan ini aku lebih suka tidak mengedit or to be a minimalist dalam editing gambar. Tangan-tangan aku sudah mula bergerak untuk betulkan distraction pada subject dan lebih banyak masa diluangkan dalam mengarang komposisi gambar. Di post-processing(pp) aku cuma menukar variable white balance, dan vibrance(satu slider yg best dalam Lightroom) dan jika perlu teruskan di Photoshop untuk Curve dan Level adjustment. Sifat-sifat minimalist ini kekadang kenelah dilupakan kalau nak mengedit gambar dengan certain themes yang aku nak macam Black & White, Lomo like, HDR, digital blending dan macam-macam lagi. Tapi aku tak suka HDR dan tak pernah cuba lagi digital blending. Sudah pro kah aku? Tentu tidak dan takkan.

Selepas setahun lebih memang banyak pengalaman teori dikutip. Aku tak punya luxury seperti mana mereka yang berada di Malaysia yang di mana-mana pun ada event di sana sini untuk para photog practise their skills or ada forum, groups or cliques yang selalu meet-up untuk outing mengambil gambar or dalam bahasa photog dipanggil TT(teh tarik). Aku hanya belajar dengan buku, majalah, tenet dan dengan mengajar rakan-rakan lain yang sehobi di sini. Hopefully aku dapatlah meet-up mereka2 yang ada kat Malaysia untuk TT. Pasti banyak yang boleh dibelajar.

Hari Sabtu ni, ibu, abah dan kakak aku datang ke sini untuk Majlis Graduasi aku pada 23hb nanti. Mereka datang awal disebabkan aku nak bawa mereka berjalan-jalan ke Istanbul, London dan kawasan-kawasan sekitar. Agak banyak duit akan dihabiskan tetapi pasti tidak sebanyak duit yang ibu bapa kita belanja untuk kita sejak dari kita lahir lagi. Inilah masanya untuk aku ‘belanja’ mereka. Bila lagi la kan…

Anyway gambar di atas bukan lah contoh seorang yang minimalist. Diambil oleh Khai dan diedit di Lr dan background diblurkan di Ps. Banyak masa terluang jadi gatallah tangan ni untuk cuba mende2 nih…


Strobist Project

Jam menunjukkan jam 0300 tapi aku mesti gagah untuk meneruskan post ini selepas bereksperimentasi dengan flash bersama-sama dengan housemates. Seperti yang aku tulis pada post terdahulu, di kala sedang menanggur ini banyak projek2 berkaitan dengan fotografi aku nak buat dan Strobist Project adalah salah satu daripadanya.

Nikon SB-800 sudah aku ada lama selepas menjual Nikon D40 aku dan untuk melengkapkan lagi apparatus, flash Nikon SB-25 ditambah lagi sebagai 2nd flash diturut serta dengan ebay trigger cap ayam Hong Kong mari sebagai wireless trigger kepada flash2 tersebut. Pada mulanya SB-25 aku ada buat problem skit sebab dia tak memberi respond kepada trigger tu membuatkan aku bertangguh-tangguh tapi tiba-tiba malam tadi jadi pulak. So aku pun terus proceed dengan projek ni takut tak respond lagi lak SB-25 tu.

Housemates
Ini adalah Irwan. Gambar dia semua menjadi. Mungkin sebab dia agak photogenic kot. Benarkah? atau mungkin aku yang hebat?

M e
Ini adalah aku. Agak aneh sekali pose ini dan tak banyak gambar aku menjadi. Arghhh….

Housemates
Senior paling sempoi 2008, Bonk. Agak menarik pose di situ. Masih lagi single.

Housemates
Ni pula adalah Saf, single but not available.

Housemates
Ini adalah Khalil. Graduate 1st class yang masih single dan sedang mencari suri di hati. Bole apply di comment jika berminat.

Banyak pose dapat di ambil tapi setakat ini, itu saja gambar yang dapat dipamerkan. Taklah sehebat mana disebabkan aku 1st time buat mende ni. Satu dua kelemahan aku dah nampak dari gambar2 tu dan hopefully pada session seterusnya gambar lebih baik dapat dihasilkan.

Seterusnya, Project 060708.

Over to you…


‘Pop Out’ warna dari gambar Hitam Putih

Colour Pop

Kali ini aku nakbertutorial mengenai bagaimana nak ‘pop out’ warna dari gambar hitam putih atau senang cerita kita nak buat selection untuk separuh gambar itu berwarna dan separuh lagi dalam hitam putih. Contoh gambar diperoleh dari stock photo di atas.

pop1

Firstly, kita tukarkan gambar itu kepada hitam putih(b&w). Di Ps, klik Layers>New Adjustment Layer>Hue/Saturation. Taip b&w di dalam kotak nama dan klik OK. Untuk tukarkan ke b&w, gerakkan slider Saturation ke -100 dan klik OK.

pop2

Step ke-2, kita akan naikkan contrast gambar tu. Pergi ke Layer>New Adjustment Layer>Levels. Namakannya Contrast dan klik OK. Di bawah histogram Levels tu, gerakkan 2 slider di bahagian luar(kiri dan kanan) ke dalam untuk boost contrast. Gerakkannya sesedap rasa bergantung kepada gambar masing-masing.

pop3

Ulangi langkah di atas tetapi namakan layer ini sebagai Cloud sebab dibahagian ini kita hanya mahu boost contrast langit agar sedap mata memandang. Jangan kisah dengan foreground anda yang kita memang dapat tengok akan menjadi gelap. Tumpukan pada langit sahaja. Gerakkan slider kiri di bawah histogram ke tengah sesedap rasa untuk contrast langit yang best.

pop4

Di layer Cloud, tekan X di keyboard untuk tukarkan warna foreground ke warna hitam dan klik Brush tool (B). Dengan menggunakan saiz brush yang besar, ‘warnakan’ keseluruhan bahagian foreground melainkan bahagian langit. Gunakan brush bersaiz kecil untuk edges yang berdekatan dengan langit. Jika korang tersilap mewarna atau tersasar usah risau. Tekan D di keyboard dan warnakan kembali bahagian yang silap sebelum menekan kembali X.

pop5

Klik di layer b&w untuk mewarna bahagian yang korang mahukannya berwarna. Tekan X dan warnakan dengan menggunakan Brush tool yang bersaiz kecil disebabkan korang perlu teliti disini untuk di bahagian yang berwarna.

Kemudian sudahi dengan Layer>Flatten Layers untuk cantumkan semua layer sebelum di save kan mengikut format pilihan korang.

Hasilnya,

Colour Pop 2

Basically beginilah caranya untuk ‘pop out’ kan warna dari gambar hitam putih dan ada beberapa cara lagi boleh digunakan untuk penghasilan gambar yang sama seperti dengan menggunakan Layer Mask. Teknik ini khusus untuk gambar landscape yang ada awan/langit. Mantap bukan.

Selamat mencuba. Papehal roger aku di comments.

Over to you…


Memberontak

The B, originally uploaded by IzaD’s photoground™.

Pada satu petang yang buhsan aku duduk-duduk melayari tenet. Secara tiba-tiba Kodiang mengajak aku ke Botanical Garden untuk ‘memberontak’. Dengan semangat radikal yang membara aku pun bersetuju. Dengan segera aku packing segala senjata yang ada dalam armory aku termasuklah 80-200mm yang seberat meriam.

Cuaca agak tak mengizinkan ketika keluar rumah tetapi selepas sampai di Botanical Garden(BG), cahaya matahari mula keluar disebalik awan-awan gelap. Hasrat untuk memberontak dengan menembak awek-awek di Botanical Garden agak hambar berikutan taman yang kelihatan agak lengang. Yang kelihatan cuma beberapa lelaki yang tak berbaju bermain bola. Sungguh gay sekali jika aku hendak menembak mereka.

Gambar di atas menunjukkan hasil-hasil shutter yang terawal ketika di BG. By far, boleh dikatakan my best macro shot. Aku nak menarik minat kome semua mengenai lens-lens lama. Lens yang digunakan disini adalah lens Nikkor 55mm f/3.5 Micro-P.C ditambah dengan magnifying glass Raynox DCR-250. Kalau di ebay.com or ebay.co.uk, lens-lens Nikon yang lama seperti lens AI, E, PC dan sebulu dengannya memang amat murah. Cuma yang cons nya lens ni tak boleh autofocus dan hanya boleh metering dengan camera Nikon D200 dan ke atas. Hasrat aku untuk membeli Tamron SP 90mm agak terbantut disebabkan aku rasa lens ni masih boleh dipakai dengan cemerlang dengan Nikon D300 ditambah lagi dengan penggunaan Raynox DCR-250 yang membolehkan reproduksi imej makro 1:1 ditangkap.

Lagi satu yang leceh, seperti mana yang tulis tadi ialah pasal autofocus. Memang penat jari nak memulas-mulas focusing ring lens tu. Tapi hasil praktis yang berterusan aku berjaya memfokus dengan pantas walaupun lebah tu mamang tak reti nak duduk diam. Tak caya boleh klik di SINI untuk saiz imej besar. Lihat betapa sharp nya kepak lebah tu. Hebat bukan.

Di BG juga, terdapat banyak burung-burung dan tupai-tupai berkeliaran. Dengan mengumpan tetupai dengan cokolat Kinder Bueno dari Kodiang, maka bertupai-tupai lah datang nak makan termasuklah merpati yang tak dijemput. Bagus juga aku bawak lens tele, boleh juga snipe dari jauh tetupai ni.

Looking out

Looking out, originally uploaded by IzaD’s photoground™.

Banyak sungguh menatang disekeliling aku

Animal Planet

Ketika berjalan balik, aku terserempak dengan supervisor project aku. Dengan pantas aku mengangkat tangan menunjuk tandai ‘Hai’ dan dia pun tersenyum. Tapi damn, kenapalah aku tak berhenti bersalam dan chit-chat skit. Mana tau kot2 di tambah lagi markah kesian untuk project aku. Cisss…

Kesimpulannya tupai suka makan cokolat.

Sampai disini saja laporan pemberontakan dari aku.
Over to you…


Tag dari blackpeanut.com

Disebabkan aku super max bosan maka membalas lah aku tag dari member aku BingWui yang currently belajar medic di Russia.

7 fakta tentang saya :

  1. Nama aku Kamarul Izad…selalu dipanggil Izad or Ijat. Ada sekali kat tempat kerja aku dulu co-worker panggil aku Chas(disebut dgn bunyi Chaz).. Sesetengah org panggil aku Chimpeng(nk kene kome nih)
  2. Aku ‘was an engineering student’
  3. Aku seorang yg serious
  4. Banyak orang takut dengan aku
  5. Aku suka photography
  6. Aku seorang yg boros
  7. Aku Ipoh mali

7 perkara yang menakutkan saya :

  1. Mati sebelum kawin (hahahaha)
  2. Gagal dalam exam - cuak beb tunggu result
  3. Kalau jumpa hantu
  4. Kene langgar bila lintas jalan
  5. Kanser
  6. Mati sebelum sempat bertaubat
  7. Berharap perkara 1-6 tak berlaku

7 lagu yang didengar sekarang

  1. Half-Truism - The Offspring
  2. Maharani  - Butterfingers
  3. Pork and Bean - Weezer
  4. Kabus Ribut - Butterfingers
  5. The Greatest Man That Ever Lived - Weezer
  6. Pensil Besar - Ben Bitches
  7. 1000 Tahun - Butterfingers

7 perkara yang saya selalu sebut :

  1. Come on laaa
  2. Allahuakbar
  3. Yeah
  4. Shit
  5. Fuck
  6. Not sure
  7. Aiseh

7 perkara yang amat bernilai bagi saya :

  1. Keluarga
  2. Janna
  3. Camera
  4. Bolasepak
  5. Man United
  6. Duit
  7. Berukband

7 pertama kali dalam hidup saya :

  1. Tak paham soalan..hahahaha

7 orang bertuah yang ingin mencabar tag aku nih (tidak mengikut turutan):

  1. Siapa-siapalah..aku tak punya ramai rakan blogger

Sekian sahaja post yang aneh ini


Pool Buddies



Pool Buddies, originally uploaded by IzaD’s photoground™.

Jiwa rasa bosan.. dengan seraya pergi ke ‘residence hall’ kawan untuk bermain ping pong dan pool…

Apa yang boleh dibuat dalam masa sebulan ini…


Hoops

Hoops, originally uploaded by IzaD’s photoground™.

Kebosanan tahap max jadi dengan seraya aku keluar berjalan-jalan disekitar perjiranan Broomhall mengambil gambar. Agak menarik dengan langit biru hasil touch-up dari PS dan flare semulajadi dari matahari.

Exposure: 0.006 sec (1/160)
Aperture: f/11
Focal Length: 20 mm
ISO Speed: 160

Raw conversion di Lr ditambah dengan saturation+luminance di warna biru. Kemudian di Ps, a bit of cloning, dodge+burn dan curve adjustment.

Aku memang gilakan sukan. Hampir semua sukan aku tengok dan main dan salah satunya adalah basketball. Start main basketball dari Form 3 dan bertambah-tambah skill selepas masuk Sains Johor(SMSJ). Tapi malangnya di SMSJ ketika itu sukan ini dikenali sebagai sukan ‘lembut’ an ramai agak anti sukan ini. Tak kisahlah janji aku dapat wakil sekolah.

Masuk Kolej Mara Seremban(KMS) aku, Jakpa, Adam dan beberapa rakan lain initiate Kelab Basketball. Ketika itu board basketball memang dah reput habis, so kami mintak kolej install board baru. Dapatlah kami board baru. Kemudian kami cari guru pembimbing, coach dan buat jersey semua untuk kelab baru ini. Team kami diberi nama RAVE yang aku pun tak sure apakah maksudnya. Tapi yang aku tau nama ini diberi oleh Jakpa hasil pembacaan manga yang banyak. Masuk competition dengan ‘fluke’ menang no.3 Pertandingan Bola Keranjang Terbuka(bukan Cina) Negeri Sembilan. Best habis.

Kelab terkubur dengan pembinaan dewan besar baru di gelanggang basketball. Sekarang aku tak sure ade ke tak ada gelanggang baru.

3 tahun aku tak main basketball…