B&W Ori
Filed in Babbling, April 26, 2009, 10:37 pmJika anda melihat dgn teliti di atas anda akan perasan yang aku ni hensem orangnya..haha..just kidding.. Tapi kalau dilihat dari segi dynamic range dan sharpness memang ada perbezaan. Ditambah lagi dengan tone yang berbeza dari digital made B&W. Gambar di atas diambil oleh sahabat yang melayan film mcm aku iaitu Malek Yasin dengan menggunakan camera medium format twin lens reflect (TLR) Yashica Mat LM, film Lucky SHD 100 dan ‘dibancuh’ dengan Ilfotec DD-X 1+4 selama 5 mins. hahaha.. Agak kompleks bukan? Tapi itulah hakikatnya pengguna film dulu2, pelbagai jenis developer dan fixer digunakan untuk tone2 B&W yang hebat dan sekarang aku tengok era perfileman(bukan movie ye) semakin meningkat. Aku pun dah terikut sama. Chemicals utk darkroom sudah ada cuma tgh cari developer tank dan changing bag sahaja. Tunggulah hasil ‘cucian’ aku dalam sebulan dua nanti…hehe
Berbalik kepada gambar di atas, aku memang dah terracun abis dengan medium format nih. Sensornya yang besar, =>120mm membolehkan lebih details ditangkap yang kadang-kala lebih mengancam dari SLR. Tapi tu lah, kocek semakin kempis. Macam2 priority ada dalam hidup. Yang penting mesti didahalukan. Mintak2 le dapat le bonus tahun ni.. Tapi nampak mcm gaya tak dapat je
Papehal lawatlah laman flickr Malek. Hasil kerjanya memang hebat dari segi composition dan ’still life’ nya. Menjadi benchmark bagi banyak orang..
Loaded rolls
Filed in Babbling, April 13, 2009, 8:40 pmYup itu adalah aku. Perut semakin kedepan, side burn semakin panjang tapi idea masih di takuk lama.. Masih lagi dalam keadaan ’slump’. Kurang idea dan inspirasi untuk aku lebih maju dalam fotografi nih.. Masih lagi buntu dan tak tahu kenapa..
Hidup macam biasa, tapi semakin sibuk dengan something yang akan berlaku dalam sebulan lebih lagi.. Akan aku beritahu nanti apakah itu..
Tutorial pun dah lama tak tulis.. Bukannya apa, aku sendiri pun sudah beberapa bulan tak melayan Ps. Editingku lebih di Lightroom tapi kini kurang untuk mengedit lagi sejak menggunakan film. Original is still the best.
Anyway thanks to Chot for this shot. Memang menarik sekali
Tandus
Filed in Babbling, Photos, March 5, 2009, 8:12 pm
Wrinkle - Kedut, originally uploaded by IzaD’s photoground™.
Benar..aku ketandusan idea sekarang dan memerlukan inspirasi untuk IzaD’s photoground™. To be honest, sepanjang aku shoot dekat 3 tahun nih, aku tak pernah berkata ‘WOW’ untuk kerja-kerja yang aku pamerkan di IzaD’s photoground™. Serius. Banyak juga kawan-kawan yang memuji hasil-hasil di situ tapi dalam hati aku rasa apa yang aku buat masih tak dapat puaskan hati aku. Sudah 2 tahun ++ aku fikirkan pasal ini tapi still aku tak tahu apa jawapan untuk kekusutan nih…
Mende yang paling senang untuk mem’WOW’kan orang lain ialah dengan gambar2 HDR. Senang je. Tangkap saja apa2 subject multiple exposure then buatlah HDR. Ada lagi satu editing ala HDR yang namanya Digital Blending. Sebenarnya aku memang tak minat giler dengan HDR. Kalau korang boleh check di flickr aku pun ade beberapa keping je HDR. Lawa plak tu aku buat, hehe.. Bukan tak boleh buat tapi minat tu tiada. Aku kurang suka dengan kepalsuan yang ditunjukkan oleh HDR. Itu pandangan peribadi akulah. Dulu aku respek sorang brader nih, memang landscape power giler dan memang aku minat dengan gambar dia sampai tiap2 gambar yg dipost di flickr aku komen tanda penghargaan aku. Tapi sejak dia layan HDR setahun lepas sampai setiap gambar landscape pun gambar HDR/Digital Blending, aku tak pernah jenguk flickr dia. Entahla, HDR ni kadang2 aku rasa dibuat untuk buatkan orang lain kata WOW untuk korang, bukan untuk kepuasan diri. Selama ini apa yang aku post di flickr adalah untuk kepuasan diri aku, komen dan penghargaan orang lain tu cuma satu bonus yang aku amat hargai. Tapi tulah, orang lain ade pandangan mereka tersendiri.
Dulu di UK aku memang Mat Landscape dan aku still anggap diri aku sebagai Mat Landscape. Balik Malaysia, macam2 aku layan, model, candid, sports tapi genre2 nih still tak dapat puaskan hati aku. Mungkin sebab aku sucks untuk genre2 nih. Pada FMDC’s Photorace 2009 last week memang menunjukkan ketidakpoweran aku dalam candid. Untuk Photorace(ala-ala trasure hunt tapi ko amik gambar) kemahiran candid memang satu advantage. Dan yang menang pun group yang selalu outing candid. Aku main tangkap muat je. Nak guide teammate pun aku kurang sure. Untuk Mat Landscape macam aku, composition untuk gambar memang penting. Aku sanggup tunggu lama untuk dapatkan cuaca/lighting yang baik untuk gambar aku. Bukit tinggi sanggup didaki untuk dapatkan angle yang menarik. So kalau candid memang hancus lah untuk aku… Semuanya kene pantas dan moment tu mesti kene.
Sejak balik pun aku tak berpeluang untuk berlandscape. Mungkin ketiadaan kenderaan yang bersesuaian membataskan pergerakan aku. Harap-harap adalah nanti peluang dengan kawan-kawan yang baru kenal dan jumpa dalam sebulan lepas…
Cukuplah ‘ranting and babling’ aku kali ni.. Papehal aku memang tandus sekarang nih…
Update
Filed in Babbling, Photos, March 1, 2009, 7:20 pm
Rainingheaven, originally uploaded by IzaD’s photoground™.
Sedikit update mengenai diri setelah lama menghilangkan diri dalam blog ni. Kehidupan seharian bertambah-tambah sibuk dengan workload yang banyak thanks to the new regime in my office but hell, I do love my job. Berakhir tugasan di pejabat dari 8.00am - 7.00pm sambung pula tugasan di rumah, memikirkan macam-macam mende yang agak merisaukan hati. Uban-uban mula terbit mungkin akibat banyak pikir, atau mungkin juga akibat aku masih tak dapat jumpa hair gel yang sesuai bagi rambutku..
Masuk tahun 2009, aku kembali aktif dengan dunia fotografiku yang agak suam-suam kuku sekembali dari Malaysia. Thanks to eone yang pinjamkan kamera rangefindernya, aku kini bernafas dalam filem. Era, Lucky, Acros, Neopan, Superia dan Reala, aku amat cintakan kalian. Cinta bertambah membuak-buak selepas pertambahan ‘isteri’ yang kedua selepas D300 in the like of Nikon FM2n. Jika korang dapat lihat photostream aku di flickr sejak 2-3 bulan lepas, hampir 90% adalah dari hasil filem. Banyak orang bertanya kenapa aku guna filem lagi sedangkan aku ada D300. D300 tu masih lagi aku gunakan tapi filem mengajar aku kenapa aku suka fotografi. Dengan digital, kadang-kadang kita rasa agak kurang menghargai setiap frame yang kita ambil dengan adanya butang DEL tapi dengan filem, setiap frame adalah penting. Setiap frame aku compose dengan sehabis baik demi mengharapkan result yang baik keluar selepas diproses. Rasa excitement dan thrilled memang nikmat sekali ketika nak tunggu film tu developed n scanned. Bila hasil dah keluar memang rasa nikmat tahap orgasm even di tambah lagi dengan element of surprise. 99% gambar dari filem aku tak edit dari segi colour dan tone tapi ada 10% yang aku crop skit untuk dapat closed-up.
Mungkin agak tertanya-tanya siapakah gerangan orang di atas? Sebenarnya itu adalah Melissa aka Lys atau lebih dikenali sebagai rainingheaven dalam dunia blogging dan flickr. Aku sudah mengenali Lys ni agak lama juga, dalam 3 tahun tapi dalam online sahaja. Sabtu lepas aku team-up dengan dia dan Ju dalam FMDC’s Photorace 2009. Memang best giler ditambah lagi dengan jumpa member2 online yang selama ini dikenali dalam dunia forum, blogging dan flickr for the past 2-3 tahun macam bigbro, zilzals, firdaus, dan ramai lagi lah. Tak lupa jugak member2 baru macam Dr Hakam dan Malik yang memang hardcore filem. Hampir terlupa aku dengan Chot, sorang yang aku kenal agak lama juga melalui blognya yang kini agak suam-suam kuku, gayaruangkepelbagaian. Time tu aku rasa dia baru pegang kamera lagi, tapi sekarang aku boleh kata dah jadi Raja Candid Malaysia.
Nice meeting you all!!!
Satu yang agak hambar setakat ini, aku rindukan Landscape photography….
Ori way
Filed in Photos, December 3, 2008, 7:44 pmAgak lama tak update.. Sudah bosankah aku..ahhh, mana mungkin. Banyak lagi gambar2 yang aku nak paparkan kepada dunia. Walaupun buruk tak seberapa, tapi asal hati puas itu yang penting.
Kenampakan di post2 yang lepas banyak berkisar pada gambar2 dari rangefinder. Kini aku sudah addicted kepada rangefinder ditambah lagi dengan filem hitam putih. Entah kenapa aku dah agak bosan sedikit dengan digital. Kebolehannya mengambil tanpa had menyebabkan kadang2 kita terlupa value di sebalik gambar itu. Ditambah lagi dengan pelbagai manipulasi digital yang kadang2 menjengkelkan aku melihatnya terutamanya pada HDR. Benar, aku benci HDR. Tapi bukan benci sampai menolaknya terus. Aku pun pernah membuat HDR, adelah 2-3 kali dan taklah seperti sesetengah photog yg terus menerus bergantung kepada HDR untuk populariti photostream mereka. Membuatkan aku kecewa pada sesetengah yang pada satu ketika amat aku kagumi dalam landscape photography tapi selepas dirasuk HDR aku dah tawar dah kekaguman itu.
Berbalik kepada ori way or kepada rangefinder, ramai tak tahu apa itu rangefinder camera. Orang kebanyakan hanya berkisar kepada SLR atau PnS. Fungsinya hampir sama dengan film SLR, tapi lens nya fixed ie. not interchangeble, tiada mirror shutter dan menggunakan konsep range+finder iaitu membolehkan photog mengukur jarak dengan subject dan membolehkannya focus dengan sharp. Currently aku tidak mempunyai rangefinder camera tapi cuma pinjam je Yashica Electro 35 GTN kepunyaan adik aku. Ada RF yang manual, shutter priority or aperture priority. Untuk yang Yashica ni, aperture priority dimana shutter speed nya fixed kepada 1/500s. Agak pantas jadi shoot di keadaan low-light amatlah tidak digalakkan.
Di sini ada lah beberapa sample dari rangefinder ni. Lawa dan I’m lovin’ it!!
Actually ni diambil dengna Ricoh RF. Aku lebih suka RF ni berbanding Yashica tu sebab lebih ringan dan shutter priority
Gambar ni diambil oleh adik aku di Tesco Ipoh. Sepatutnya aku pakai baju putih supaya lebih nampak figure yg melompat tu.
Ni gambar my parent. Amat sharp dan perfect bagi aku
Sapa tak kenal Menara Condong Teluk Intan
Satu sight yang pasti kita nampak bila melalui Plus ke Ipoh. Agak kecewa setiap kali aku lalu kawasan ni disebabkan aktiviti melombong batu kapur.
Morning sun di kampung, Chemor
Agak menarik aku rasa. Papehal dengan adanya RF ni aku lebih menghargai apa yang aku shoot disebabkan untuk melihat hasilnya, kita kene process untuk jadi gambar. Bila dapat gambar tu agak puas disebabkan apa yang kita shoot tu menjadi. Hahaha, agak old school giler. Tah bila aku nak kembali kepada digital pun aku tak sure.. Mungkin dalam masa terdekat jika ada project hendak dibuat.
Post selepas ni InsyaAllah akan aku buat khas untuk gambar terbaik yang aku ambil sepanjang 2008. Stay tuned!!
Work is fun…
Filed in Babbling, Photos, November 6, 2008, 9:02 pm
Work is fun…, originally uploaded by IzaD’s photoground™.
“I love work…”
“work……”
bak nyanyian dari kumpulan Butterfingers (Australia punye butter)…
Damn right…aku suka berkerja. Secara full-time, bukan secara part-timer yang selalu aku buat ketika di UK dulu. Satu mende yang aku tunggu2 sejak aku berumur 13 tahun lagi. Dikala itu aku memang dah start berangan mahu berkerja, dan yang paling nak ketika itu adalah menjadi dewasa dengan pantas. Beginilah aku sekarang, membuat apa yg aku mimpi sejak 11 tahun lalu. Menjadi dewasa dan independent. Gile best
Aku masih kabur2 tentang apa yang aku hendak buat, tapi macam aku pernah cakap dulu, aku ikut je kemana kaki ku pergi. Hari ini aku di CAE, mungkin esok lusa aku di IT, O&G, Management, Business, berkebun mahupun merempat di tepi jalan. Tapi CAE memang agak menarik jugak…
Sabtu ni maybe ke Ampang Park mengambil b&w film yang dah 2 minggu tak amik. Hopefully adalah gambar2 yang menjadi dalam tu. Ada sesape free dan nak joint/aku joint roger lah.
BTW gambar di atas diambil oleh Adzali, salah sorang colleague aku ketika aku dan beberapa yang lain menghadiri MSC. Software ASEAN User Day di Sheraton Subang. Section aku, Mechanical Dynamics Sys(MDS) dapat no.2 dalam user presentation.. Aku tumpang happy lah sebab dapat RM1k baucer buku kat kinokuniya. Masak nak beli buku apa nanti…
Strobis di ladang jagung
Filed in Photos, October 30, 2008, 9:59 pmPada cuti raya yang lepas aku dan eone sempat berkolobrasi menjayakan strobist di ladang jagung di Kampung Tersusun Batu 10, Chemor. Idea eone untuk membuat crop circle dan gambar2 ala sifoo Ted Adnan di ladang jagung terus aku persetujui disebabkan aku pun dah gian nak amik gambar.
Gear2 yang dipack termasuklah 2 trigger dan receiver cap ayam dari Hong Kong, Manfrotto monopod, Manfrotto tripod, Nikon D300+Sigma 18-50mm f2.8, Nikon SB-800, Nikon SB-26, Ricoh GX-1 rangefinder, 12 bijik bateri, dan 4 orang tenaga kerja yang termasuk aku, eone, adik aku Diana dan kakak ku Kak Mimi. Lalu bergerak ke ladang jagung kepunyaan Pakcik Dollah yang terletak 500m dari rumah. Kebenaran diminta sebelum shoot lantas pergilah meredah pokok2 jagung yang hampir hendak dituai seminggu lagi.
Tak berani pula nak redah jauh2 dalam kebun. So amik port yang dekat2 je. Port dijumpai lantas kerja2 setting pun bermula. Sorang pegang kamera, sorang pegang monopod, sorang jadi model dan sorang lagi layan pakcik Dollah. Setting yang digunakan vary from f3.5-f6.3 dengan shutter selaju 1/30-1/50 ditambah dengan !SO 640. Monopod hendaklah dipegang tinggi di atas subjek so ketinggian pemegang monopod di sini adalah amat diperlukan. Hasilnya bolehlah usha kat bawah nih…
Hebat bukan..hahaha.. Syok sendiri pula. Semuanya arahan eone sambil aku memberi idea sebatang dua. Tak pro lagi maa. Dah belaja ni so dapatlah skit ilmu2 nih. Shooting berjalan lebih jam dan sekembalinya ke rumah abis miang2 badan dek daun pokok jagung.
So tu je takat ni.. Papehal bole sound di bawah






















