Genre in Photography
Macam cabang2 seni yg lain, fotografi ni juga banyak genre-genrenya. Macam music kita ada rock, balada, dangdut, pop dan macam2 lagilah.. Dalam fotografi kita ada photojournalism, nature, wildlife, landscape, street, wedding, macro, nude, infrared dan berpuluh-puluh lagilah yg ada. Di sini aku nak cakap pasal beberapa genre yang menjadi mainstream dalam fotografi ini.
Nature
Namanya pun dah alam-sekitar jadi gambar-gambar yang diambil mesti berkaitan dengan alam sekitar bukan. Dalam genre ni ada lagi cabang-cabang lain yang membentuk nature photography antaranya landscape, macro, wildlife, tumbuhan dan macam2 lagi. Macro photography berkisarkan pengambilan gambar2 serangga, tumbuhan ataupun benda2 kecil yang diambil dengan menggunakan skala imej yang besar nisbahnya. Ibarat kita mengambil gambar menggunakan kanta pembesar.
Wildlife photography pula berkisar tentang pengambilan gambar haiwan2. Sudah selalu kita diperlihatkan dengan gambar2 mengenai subjek ini terutamanya melaui saluran National Geographic ataupun Animal Planet. Wildlife photography adalah satu cabang yang benar2 menguji kesabaran fotografer itu sendiri. Pernah saya terbaca kadang-kala seseorang photographer(rojak btui aku nih) duduk berjam-jam menunggu kelibat haiwan yang ingin dilihat. Equipment yang digunakan pula dalam genre ini pula amatlah mahal memandangkan kita mengambil gambar dari jarak jauh, jadi lens yg mempunyi focal length yg jauh disamping bukaan aperture yang besar untuk menjamin kualiti gambar tersebut.
aku cuba nk tulis dalam bahasa melayu proper tp xberjaye..ketawa aku membacanya..ape nk jadilah melayu(aku) ni..
Landscape
Ini adalah genre photography yg paling aku minat sekali sejak aku memegang dslr aku..Kalau korg tgk sendiri dalam flickr aku pun hampir 90% adalah gambar landscape2.. Genre ni memang betul2 kene la dgn jiwa aku yg ala2 blues karat skit nih..lol… Kepuasan yg maksima dapat dirasai kalau gambar yg dianbil memang betul2 kene dgn apa yang aku nak. Landscape ni pun memerlukan kesabaran yang tinggi juga sebab pencahayaan sesuatu landscape itu adalah tidak sama dari semasa ke semasa. Apa yang aku tahu kita tak semestinya pergi ambil sesuatu landscape itu sekali saja dan kemudian balik selepas mengambil gambar. Datang lagi dihari-hari lain or musim-musim lain di waktu yang berlainan untuk dapatkan gambar yang pelbagai.
Photojournalism
Photojournalism adalah kombinasi 2 benda Photo+Journalism yang juga bermaksud lebih kurang macam mengambil berita dalam gambar. Salah satu genre yang amat menarik minat aku tapi tak berpeluang nak cuba lagi. Maklumlah aku ni malu-malu kucing skit. Kalau nak try genre ni kenelah jadi seorang yang proactive dan banyak bertanya.
Street
Street photography ni bagi aku hampir sama dengan photojournalism tapi street ni cara penangkapan gamabr tu lebih candid skit. Maksudnya macam kita mengambil gambar-gambar orang di jalanan secara candid tak kira dimana saja sama ada di jalanan, di pasar, di shopping complex atau di taman-taman. Pendek kata main snap sajelah. Tapi kene la berjaga-jaga sebab tak semua orang suka gambar mereka diambil. Cara yang terbaik bagi aku ialah kalau subject tu sedar yang gambarnya akan diambil cuba kita try senyum sambil tunjukkan thumbs-up. Kalau dia okay or membalas dengan senyuman snap ajelah. Kalau tak curi-curi la amik..hehehe
Selain itu kita ada banyak lagi genre-genre yang aku tak mampu nak huraikan semua. Kita ada Portraiture, Wedding, Studio, Infrared, Commercial dan macam-macam lagi lah. Macam-macam ada untuk korang diluar sana untuk mencuba tak kira apa level sekalipun. Asalkan ada sedikit minat untuk mengambil gambar, jalan je. Lagi satu yang penting cari la jugak member-member yang boleh dibawa sekali untuk amik gambar. Motivation dan minat tu tinggi skit kalau ada member yang join skali…
Happy Snapping!!








