Black & White

Black & White photography adalah salah satu cabang photography yang amat menarik minat aku. Banyak kelebihan yang ada dalam B&W ni, antaranya mood untuk sesuatu gambar itu nampak lebih terserlah berbanding degan gambar berwarna di samping dapat lagi kita menonjolkan sesetengah details yang kurang kita nampak dalam sesuatu gambar berwarna. Di samping itu contrast untuk sesuatu warna itu dapat kita tingkatkan tanpa mencacatkan gambar B&W itu sendiri.(assuming di sini kita semua pakai format digital, setiap B&W gambar terdiri daripada gambar berwarna yang ditukar/convert ke B&W. Jadi kawalan untuk setiap warna masih lagi ada)

Untuk yang menggunakan Adobe Photoshop Lightroom(Lr), convertion ke B&W amat mudah dan cepat dengan hanya klik di Treatment: Greyscale di palette Develop tepi tu. Dengan mudah kita boleh kawal contrast warna-warna yang ada di Greyscale Mix.

Tapi sejak aku belajar mengenai skill Dodge and Burn di Photoshop(Ps), aku lebih banyak lakukan B&W conversion di Ps. Dalam Ps, ada 3 cara yang aku tahu untuk buat conversion ke B&W.

Cara pertama adalah dengan pergi ke Image>Adjustment>Desaturate. Dengan serta merta gambar bertukar ke B&W. Lepas tu tambah-tambahkan lah dengan level dan curve adjustment. Tapi cara ini memang tak ramai yang pakai sebab kurangnya control untuk contrast warna-warna yang ada.

Cara kedua ialah dengan pergi ke Image>Adjustment>Black & White. Gambar akan bertukar menjadi B&W dan akan keluar popup window yang menunjukkan pelbagai warna. Dengan mengubah slider-slider yang ada, korang boleh control contrast untuk setiap warna dalam B&W. Selepas itu boleh la buat curve atau level adjustment sebelum diakhiri dengan dodge(highlight 4%) dan burn(shadow 4%) sesedap rasa.

Cara ketiga dan cara yang aku selalu guna boleh tengok video tutorial yang ada dibawah ini yang dibuat oleh Farizal Hassan

Secara ringkas, dekat layer palette tepi tu click dekat bulatan hitam-putih kecil kat bawah tu. Klik Channel Mixer dan akan keluar popup window. Tick box dekat Monochrome dan kemudian adjust la slider-slider tu sesedap rasa sebelum diakhiri dengan dodge(highlight 4%) dan burn(shadow 4%) sesedap rasa juga.

Dimana dodge and burn? Senang je, kat side bar sebelah kiri Ps tu cari icon for either dodge/burn. Tekan icon tu lama sket untuk tukar kepada either dodge or burn.

So amacam. Paham tak? Harap-harap paham. Kalau nak clarification or kurang tau feel free to drop me a comment.

Enjoy editing!!


Comments

  1. Quote

    Hi. Saya terjumpa blog kamu dan mendapati blog kamu ini sungguh menarik sekali. Saya ingin bertanya bagaimana nak mendpt gambar b&w yg ada sedikit kelembutan pada gambar tersebut.

  2. Quote
    Izad (subscribed) said January 3, 2008, 2:43 pm:

    mekasih2..sorry for the late reply..kluar berjalan-jalan..kira nk bg soft la nih. not quite sure cara yang proper utk bg soft sesuatu gambar b&w tp kalau saya lah saya akan diffuse glow kn gambar itu…buat new layer dan pergi ke filter>distort>diffuse glow…adjust sesedap rasa dan dapatlah gambar yg diffuse(soft)+glow…

  3. Quote

    Hey! Terima kasih for your tips. Will try and do that. ;)

Leave a Comment

Formatting Your Comment

The following XHTML tags are available for use:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

URLs are automatically converted to hyperlinks.