Oslo part 1
Macam aku bagitau dalam post yang lepas, aku ade la berjalan-jalan ke Oslo dan Stockholm beberape minggu lepas. First sekali aku story pasal Oslo. Mana la tahu kot2 ada yang nk plan pergi sana nanti. Boleh la buat guide kan.Aku dan 4 member yang lain sampai Oslo pada lewat malam 26/12. Sampai-sampai tu aku ingatkan airport tu dekatlah dengan city, tapi rupa-rupanya airport tu adalah sejam setengah drive dari Oslo. Cis, kene dummy dengan website manalah aku nih. Nasib memang ada bus service dari airport ke Oslo. Jadi naiklah kami bas itu. Pemandagan masa perjalanan bus tu tak ada la nampak sangat sebab gelap. Yang aku tau time kat tengah-tengah journey tu memang banyak snow. Macam dunia yang lain la plak sebab jakun tak pernah nampak snow sebanyak itu.
Sampai kat bus station satu hal lagi. Sorang pun tak tau macam mana nak gi hostel kami. Biasalah, no plan is the best plan. hehehe. Jadi bertanyalah member aku ni,Khalil dekat sorang mamat yang sedang menunggu tram. Nasib mamat nih tahu, so menapak la kami ada la dalam 10 min untuk ke hostel. Ok, takat tu untuk time sampai.
Seperti ramai yang tahu, Norway dan negara-negara Scandinavia memang terkenal dengan satu bangsa yang selalu terpapar dalam macam-macam cerita dan filem, iaitu bangsa Viking. Bangsa Viking ni memang terkenal dengan kisah-kisah perlayaran dan penaklukan diorang satu masa dahulu. Jadi kami semua pergi tengok kapal Viking di Viking Ship Museum. Disitu adalah 3 kapal Viking dan bebrapa sampan dan rumah Viking ada dipamerkan.



Mengikut sejarah, kapal ni dijumpai di satu kawasan perkuburan Viking di Oseberg farm dekat Tønsberg in Vestfold county, Norway dan dipercayai dibina pada tahun 820. Apa yang aku baca orang-orang Viking ni kalau mati, akan ditanam sekali bersama-sama dengan kapal/sampan sekali dengan macam-macam harta lagi. Nak tahu pasal Viking lagi? Check-check la encik wikipedia.
Kat sini pukul 3pm je dah malam. Memang leceh betul kalau nak jalan-jalan amik gambar. Tapi tak apa, perjalanan mesti diteruskan. Kami ke Akershus Fortress lak. Nak masuk dalam pun tak sempat sebab dah tutup, so berlegar-legar dalam kawasan kubu tu je tgk scenery Oslo dari atas bukit. Dapat la amik beberapa gambar


Disamping tu, dapat juga ronda-ronda Oslo city di malam hari



Itu la yang dapat dibuat pada hari pertama. Ringkas je aku tulis. Kalau banyak-banyak, naik bosan la plak baca kan?hehe
Orait, sambung part 2 lain hari… Mahu study, exam lagi 2 weeks.









Goodness..those pics are beautiful.
Corak ukiran kat kapal Viking tu mcm Nusantara-style. ke kalau tgk dekat2 memang lain?
thanks..
saya pun terpikir mende yang sama gak.tgk dari jauh mcm ukiran2 kita npk kat rumah kampung.tapi kalo zoom abis bentuknya nampak lebih kurang same tapi motifnya lain.kalo melayu bermotifkan dahan2 or tumbuhan menjalar tp tgk2 sini mcm ikan pun ada.tak sure sgt
papehal well spotted lah