Support Local Scene
Support local scene? Apa yang aku mengarut disini.. Dalam otak aku selalunya ada 3 benda je, pikir masa depan, fotografi dan musik. Dan ya, disini aku nak story perihal music scene di Malaysia in my point of view. Tapi aku bukan bercerita pasal Malaysian mainstream music yang penuh dengan Siti Nurhaliza, Mawi, Anuar Zain, Spider, import-import dari Indonesia, produk-produk AF, dan yang sebulu dengan mereka. Aku perkatakan tentang perevolusi music tempatan yang sering-kala public secara keseluruhannya hanya buat-buat tak tahu dan mendengar dengan sebelah telinga.
Mengapa kita hanya mendengar dengan hanya sebelah telinga? Semuanya kerana telinga-telinga kita sudah lali dengan keadaan selesa yang hanya dibunyikan dengan musik-musik dari mereka-mereka yang aku nyatakan di atas. Telinga kita tidak berani untuk keluar dari ‘comfort zone’, pergi keluar menjelajah scene-scene atau wilayah yang tidak pernah kita dengar(agak cliche bukan?). Telinga kita sudah lali dengan sogokan musik-musik dari seberang, dek dari negara di seberang Selat Melaka mahupun dari Barat.
Maka kepada rakan-rakan, cuba dahulu dengar musik-musik dari mereka-mereka ini dan pastinya akan ada satu dua pemusik yang serasi dengan telinga korang semua. Dan sini aku nak story serba-sedikit pasal ni, pasal musik-musik dan band-band yang aku selalu dengar sejak 10 tahun dulu sampai sekarang.
Selalunya band-band sebegini dipanggil ‘indie’ iaitu singkatan kepada independent. Kenapa independent? Kebiasaannya mereka-mereka ni tak terikat dengan mana-mana recording company, so mereka bebas. Bebas menulis lagu, bebas membuat show tanpa disekat oleh sesiapa dan serba-serbi bebas la senang cerita. Lebih mudah kadang-kadang orang panggil ‘underground’ sahaja.
Sesaja aku promote mende nih sebab dari awal-awal sekolah menengah dulu aku suka discover dan cari local band untuk aku dengar. Dulu pegi Kompleks Yik Fong, Ipoh cari kaset-kaset band-band yang aku tak kenal. Main beli aje pastu dengar. Kalau nasib baik sangkut la, kalau tak lebuh la RM15. Tapi sekarang mudah je, ada tenet. Boleh dengar dulu mana yang suka and then pergi beli.
First band aku nk story, tak payah diperkenalkan lagi la. Aku belum tulis pun mesti korang dah agak. Tak lain dan tak bukan the legendary Butterfingers. Kerat jari aku la kalau sape-sape yang dalam underground scene tak kenal butter. Aku percaya kebanyakan band dalam local scene ni meletakkan butter sebagai penanda aras. Dengan fan base yang memang besar, setiap gigs diorang mesti sold out. Dengan 6 album(tak termasuk kompilasi) dah keluar, setiap album memang ada bentuk musik yang tertentu yang mereka panggil butter music. Dengan kata lain setiap album ada evolusi mereka yang tersendiri. Apa tak percaya ka?:D. Dengar sendiri baru tahu.
Dari genre grunge mereka sedikit-sedikit berevolusi kepada lagu-lagu melayu dengan lirik-lirik yang pendek, mudah, tapi puitis. Nak dengar lagu melayu diorang boleh dengar album Selamat Tinggal Dunia. 100% masyuk. Album ke-7 diorang yang bertajuk Kembali akan dikeluarkan pada Julai ’08 dan aku rasakan akan mengekalkan genre musik yang sama dengan Selamat Tinggal Dunia(STD) sebab album Kembali sekuel kepada STD(macam nama penyakit lak nih..lol)… Satu pembaharuan yang lain album ni akan dijual secara soft copy aka online. “No major label. No distributor. No middleman. No assholes. Just “US”. The band”, kata Emmet(vokal butter). Memang terboek la Emmet. Aku dengar teaser 40saat kat blog butter pun dah boleh bagi aku goosebump. Memang stuff of a legend lah.
Nampaknya aku memang bias dengan butter. Biasa la, fav band beb, mesti kene lebih-lebih:D. Orait, we go to the next stuff. Banyak lagi local scene yang berkonsepkan grunge macam Love Me Butch(among my fav), Prana(aku kurang minat), dan SevenCollar T-shirt(ni aku minat gak). Macam LMB, band ni memang dah sampai Jepun, Thai, Philipines, Indon tapi masih tak ramai di Msia yang kenal. Baru-baru ni aku kenal They Will Kill Us All (twkua). Memang mantap jugakla dengan gitar dan bass yang funky. Fav aku at the moment.
Selain itu, kalau nak dengar band yang bunyinya ala-ala British band mcm the klaxons, kasabian, kaiser chiefs, boleh dengar Bittersweet. Aku tak minat sangat band-band British walaupun dok kat Sheffield yang memang terkenal dengan Artic Monkeys. Kalau nak dengar post-rock, boleh dengar Damn Dirty Apes. Tak sure hidup lagi ke idak band ni. Lama dah tak dengar cerita. Tapi lagu-lagunya memang masyuk. Nak dengar lagu-lagu macam OAG pada awal kemunculan mereka? Boleh dengar Couple. Nak yang rileks-rileks lagi? Boleh dengar Muck(band Ipoh nih) or Oh Chentaku(vokal memang best+drum power- tgh layan jugak skrng). Banyak band-band lain yang aku malas nak komen banyak-banyak macam Disagree, Koffin Kanser, Pop Shuvit, The Pilgrims dan macam-macam lagi. Semua tu aku dah dengar dan memang best-best.
Kalau hawa telinga korang suka lagu-lagu melayu, band indie yang nyanyi lagu-lagu melayu sekarang lagi la banyak. Bak tumbuh macam cendawan selepas hujan orang kata. Cakap pasal hujan adalah satu band yang namanya Hujan. Adik aku yang rekemen band ni kat aku setahun lepas(yg juga housemate members band ni). Tapi aku observe dari jauh je sebab tak berapa layan lagi lagu melayu time tu. Aku layan STD dari butter je. Sampai sekarang aku tengok fenomena Hujan telah melanda satu Malaya. Mana-mana pun orang cakap pasal Hujan. Kat paper, radio semua dah up pasal diorg nih. Boleh aku anggap sama macam fenomena Artic Monkeys yang melanda UK 2 tahun lepas. Tangkap masyuk jugak la sebab memang lain dari yang lain. Revolusi la aku boleh kategorikan.
Band melayu lain? Banyak lagi ada dan aku memang tak larat nak dengar semua dan tak semuanya aku suka sangat. Kita ada Meet Uncle Hussain yang sememangnya dah famous kat Msia. Ada yang main irama ska dengan pelbagai instrument dimainkan macam Plague of Happiness yang sememangnya aku minat dan diorg memang dah establish pun. Selain itu kita ada Exist, Newboys, Kristal, Spider, dan lain-lain. Apa lagi yang lain,eeerr aku pun tak sure yang lain apa lagi. Ada Hijau, Komplot, Matematik dan yang sebulu dengan mereka. Tak habis discover lagi. Kalau band-band melayu ni aku lebih minat kepada bunyi-bunyi yang lain daripada band-band kebanyakan yang ada dalam mainstream dan yang berani tonjolkan konsep diorang yang tersendiri. Tak ada la the same old things je setiap masa. Kalau ada jumpa sound aku kat comments.
Aku tulis-tulis ini bukannya apa, saja je nak cuba mengajak rakan-rakan cuba benda baru. Asyik band-band Indon je yang didengarkan tapi local scene kita kita buat-buat tak nampak. Sekarang kita ada the power of internet, click saja boleh dengar lagu baru. Kalau suka boleh cari download or beli kat mana-mana gigs yang diorang buat. Yang berada di overseas tu tak dapat la den nak nolong. Mintak la rakan-rakan kat Malaysia rip cd pastu hantar mp3. Balik Msia nanti pun aku berniat nak beli cd mereka-mereka nih.
Diharapkan dalam masa 5-10 tahun lagi musik-musik seperti ini dapat menguasai corong-corong radio dan sekaligus mengambil alih aliran mainstream di Malaysia daripada mereka-mereka yang aku dah naik menyampah mendengarnya. Lagi satu, beli yang Ori okay…
Untuk lebih rujukan boleh usha Myspace Music band masing-masing, amp.channelv dan think.com.my
p/s: musik dengar-dengar gak tapi Quran jangan lupa baca..









…..SevenCollar T-shirt(ni aku minat gak). Macam LMB, band ni memang dah sampai Jepun, Thai, Philipines, Indon tapi masih tak ramai di Msia yang kenal……
___________________________
ia.
di Indonesia sudah tak ada band m’sia setelah era SEARCH-SLAM.
dulu aku ini peminat band2 msia terutama search tapi setelah bertahun2 muzik band2 msia ini tidak ada perubahan AKA mendayu2 membosankan!, di sini musik dari USA pun sukar untuk masuk ke indonesia karena beragamnya kami punya jenis musik seperti:dangdut,pop,rock,jazz,orkestra,house music,akustik,musik daerah etc.
di Asia, musik Indonesia sudah menjadi number “2″ setelah jepang/jepun dalam hal produktivitas dan keragaman musik.
+salam ^_^
thanks kerana beri comment..tak sangka ada pembaca dari indonesia
anyway quote yg m. nure tulis itu saya tulis untuk band Love Me Butch(LMB)..tp memang kurang tepat sebab band ni memang tak sampai indonesia pun..cume ke Philippines, Thailand, Singapore, n Japan..ampun2
memang benar la kata m.nure tulis itu yang band malaysia tak banyak pergi dan success ke idonesia.. saya percaya ini kerana recording company msia sendiri tak mahu menghantar ke luar negara sebab takut dengan failure. mereka lebih suka import band dari luar sebab itu lebih mendatangkan profit utk mereka.
lagi 1 saya sokong dengan m. nure berkenaan band2 msia memang mendayu-dayu..cinta sana cinta sini, aku gila geli..
band-band yg saya tulis diatas memang berbakat tp kebanyakkannya bergerak secara indie, so exposure music mereka ke dunia luar memang kurang..so kalau m.nure ada masa click la link2 yg diberi dan try dengar..pasti best!!!
lu mmg kool
kte perlu bebas
idup music bru m’sia
fisssalll
hasran top
fisssssallllvshasran
=seri
wow
terer cyal
idop music bru malaysia
support local acts!!
wa tabik same lu……..
bln feb byk gig….