Oslo part 2

Yosh, aku kembali bercerita tentang kisah perjalanan yang belum aku habiskan lagi. Alang-alang tengah tunggu nak subuh pukul 6pagi kang, lebih baik aku tambah lagi post di blog ini.

Hari kedua di Oslo diperuntukkan khas untuk berski. Jadi pagi-pagi lagi kami dah bergerak ke satu ski village yang aku rasa-rasa namanya Oslo Winterpark dalam bahasa omputehnye. Bahasa norway plak katenya Vinterpark rasanya. Dari segi geografinya, Oslo ni terletak di pinggir-pinggir kawasan pergunungan. Jadi adalah menjadi perkara biasa kalau kita nampak remaja-remaja dengan pakaian skinya naik bas atau train dari Oslo ke ski village tu sebab jarak perjalanan adalah dalam setengah jam.

Jadi kami kesana dengan menaiki train ataupun metro ataupun orang lain ada kata tube. Agak best jugakklah scenery sebab train ni naik bukit, jadi nampaklah pemandangan seluruh Oslo dari atas. Sampai kat train station kene naik shuttle bus lagu untuk ke ski village tu. Pada mulanya aku agak mesti tak best berski ni sebab salji-salji kat situ pun dah keras macam ais menunjukkan kawasan tu dah lama tak turun salji. Tapi sangkaan aku meleset, kira-kira lepas sejam berada di ski village tu cuaca tiba-tiba menjadi gelap, maka turunlah salji dengan lebatnya… Sejuk beb..

Sebelum salji tu turun aku dah decide memang tak mahu berski. Probably this is once in a lifetime untuk aku berski tapi nafsu aku hanyalah satu, tak lain dan tak bukan iaitu MENEMBAK… Maka duduklah aku di situ dan di merata-rata tempat mengambil gambar di sana-sini tanpa segan-silu. Orang lain datang untuk berski aku datang menembak lak.. Hobi punya pasal..

Maka menembaklah aku orang-orang yang berada disitu sambil melihat aksi mereka…

Look at Me!! (by IzaD's playground...)

Sempat jugak amik gambar awek…

Pretty Rain (by IzaD's playground...)

Ambil gambar rakan-rakan berski( kalo nak gambar nih blanja aku dulu..hahaha)

DSC_3613 (by IzaD's playground...)

Gambar landscape

Playground (by IzaD's playground...)

 Berjalan-jalan ambil gambar landscape lagi

Quiet and Alone (by IzaD's playground...)

…dan practise panning jugak

DSC_3566 (by IzaD's playground...)

Keadaan memang sejuk bebenor di sampin snow yang lebat gak menyebabkan aku tak dapt nak menembak banyak-banyak. Struggle aku nak protect camera aku dari kebasahan melampau..

Kesimpulannya walaupun aku tak main ski tapi aku puas dapat menangkap gambar di territory yang tak pernah aku jejak sebelum ini… Kira once in a life time jugak la nih..

Orait, dah subuh… Mahu bersolat subuh dan tidooo… Time-time nak exam ni aku dah jadi burung hantu.. Tido malam lepas subuh dan bangkit sebelum asar. Sini asar pukul 2pm so okay la tu tido 6 jam..

Next, aku story pasal di Stockholm pula…


Comments

  1. Quote
    housmate bilik atas sekali (subscribed) said February 6, 2008, 12:00 pm:

    moh moh gambo…eden mau…haha…

Leave a Comment

Formatting Your Comment

The following XHTML tags are available for use:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

URLs are automatically converted to hyperlinks.