Bola kene Sepak

Aku tertarik menulis perihal ini untuk menyambul kemenangan Man United dan setelah membaca post dari sini dan sini. Bukan untuk membalas komen tapi hanya mahu menulis  perihal perjalanan bola sepakku dari aku mengenali sukan ini sampai ke hari ini.(mcm football star la plak)

Aku mengenali bolasepak melalui abahku. Di zaman mudanya beliau memang kaki bola. Jadi tempiasnya kene la jugak kepada aku dan adik aku(iwan) skit2. Aku masih ingat time aku kecik2 circa ‘89-’91 dulu abah ku selalu bawak aku dan iwan ke padang depan rumah kami. Abah kick bolak tinggi2, kemudian kami adik beradik berebut-rebut dgn bola tu..Aaaaah, bestnye zaman kecik2.. Waktu itu juga, abah selalu bawak aku ke Stadium Perak tengok Perak main. Masih lagi aku ingat waktu itu Stadium Perak memang usang gile. Nak pergi ke stand pun naik bukit. Tapi waktu tu aku taklah gila-gila lagi pasal bola. Hanya sekadar budak2 yang selalu nak main 24/7 sambil ikut abahnya ke merata-rata tempat.

Waktu aku memasuki sekolah rendah di SK St Michael dulu, tahun ‘91 aku still tak minat lagi dengan bolasepak. Iye le, sekolah campur India, Cina, Melayu. So tak ada banyak influence kat situ untuk aku main bola. Main konda-kendi ada le. Tahun ‘93 aku berpindah sekolah ke SK Sungai Rokam di Kampung Sungai Rokam masuk darjah 3. Di sini kebanyakannya budak dari Kg Sungai Rokam dan pekan2 sekitarnya termasuklah taman perumahan aku. So bebudak kampung ni kuat main bola so kat situ minat aku bercambah balik. Tahun ‘94-’96 memang tahun aku betul2 start dengan bolasepak. Ditambah lagi dengan aku bersekolah pagi, waktu petangnya aku free. Kegilaan aku dengan bolasepak menyebabkan aku selalu auta mak aku dengan cakp aku ada koko kat sekolah tiap petang. Disebabkan selalu sangat aku bilang ada ‘koko’, jadi aku pun mintak berenti dari sekolah agama petang. Baik punya cilok disitu. Tiap-tiap petang tu jugak aku selalu main bola ngan member2 time tu. Memang besh abis.

Teringat lagi masa aku darjah 4, aku masuk selection untuk wakil sekolah. Time tu aku takde le power sangat, so sekadar nak cuba nasib je. Aku mintak abah belikan boot bola yang best2 tp abah tak kasi. Beli ‘boot kain’ cukup. So dapatlah le aku beli ‘boot kain’ rege doblas inggit setengah walaupun aku nak boot power2 skit macam umbro ke dengan harapan aku boleh lagi power.  As expected, aku tak terpilih pun. Time tu aku disuruh oleh abg darjah 6 untuk main centre back. So aku komplen lah aku tak dapat tunjuk skill sebab tak dapat bola pun. Bebudak nih main berkumpul so bola tu berlegar-legar kat tgh2 padang je. Hampeh..

Tahun ‘94 jugak-waktu darjah 4, aku mula kenal dengan international football. Siapa tak lupa dengan Bebeto, Romario, Dunga, Roberto Baggio, Klismann, dan Stoichov tahun tu. Aku still ingat lagi final World Cup ‘94 di US. Final, Brazil lwn Italy. Brazil menang penalty hasil dari penalty Baggio yg melangit.

Waktu yang sama jugak aku masih kurang kenal dengan English Premierleague(EPL). Aku memang gilekan Perak di waktu tu. Aku idolized player2 Perak macam Ahmad Shahrul Azhar, Syamsol Saad(centre back power), Samuel Cebli dan yg paling power Azizul Abu Hanifah(seblum die kantoi rasuah). Masing2 bila main bola nk chup jadi player2 nih.

Aku betul-betul kenal dengan EPL tahun ‘96. Cintaku pada bola menemukan dengan Manchester United(ewahh). Selepas dapat duit doploh inggit dari cikgu hasil saguhati selepas mewakil Perak dalam pertandingan rekacipta pada tahun menyebabkan aku pergi ke kedai majalah, tengok2 majalah apa yang aku bole beli. Disebabkan minat pada bola aku belilah 2 majalah bola dari UK iaitu MATCH dan Glory Glory Man United. Sejak dari hari tu aku melekat terus dengan Man United. Tanpa pengaruh rakan, minat org lain, pengaruh org or paksaan orang lain, aku dengan secara semulajadi tahu dan minat dengan Man United. Tak mcm poser yg minat hanya bile menang die bersorak, bila kalah lari jauh or tukar team. Even if Man United jatuh ke Conference level pun aku tetap sokong depa. and Perak as well..

Berbalik pada tahun yg sama, aku mula kenal dengan player2 United pada masa itu. Sape tak kenal Eric Cantona dengan gaya kolar tegak yang semua org dok tiru dulu. Aku mula kenal juga dengan mereka2 yg dipanggil ‘Fergie Fledglings’- David Beckham, Paul Scholes, Gary Neville, Phil Neville dan Nicky Butt, budak2 yg baru berumur 17-19 tahun tapi sudah berupaya main utk 1st team United waktu itu. Bilik aku pada waktu itu aku tampal dengan poster2 depa, termasuklah star2 premierleague pada waktu itu. Tak caya gi tanya mak aku or roommate aku time tu, iwan. Ada satu cerita kelakar yg aku jarang beritahu orang. Dengan broken English tahap darjah 6 dulu aku menulis surat kepada Eric Cantona, David Beckham, Peter Schmeichel dan Roy Keane mintak belikan aku boot. Ape punya klakar lah mintakkan football star ni belikan aku boot. Harapan punye tinggi time tu tuhan jelah yang tahu. As expected, aku tak dapat boot, tapi Eric Cantona dengan baik hatinya hantarkan card gambar siap sekali dengan signature dia. Fuh, gembira bukan kepalang lah time tu. Dapat sign Eric Cantona tu beb. Star United time tu. Sign Cantona aku tu still simpan. Tapi aku dah lupa mane aku letak. Ada dalam kotak bawah katil kat rumah aku kot. Harap2 ada lagi.

Masuk sekolah menengah pula di SM Gunung Rapat. Sekolah project bola Perak FA. Star2 of the future utk main bola dengan Perak sekolah kat sini. So, minat main bola ni bertambah-tambah le lagi. So aku dan beberapa rakan yg lain buatlah satu team bola. Asal nama dengan The X, tapi aku cadangkan tambah Rangers sekali. Jadi tertubuhlah X-Rangers. Bukan sekadar team bola, tapi satu movement, clique, friendship, gang sampai satu sekolah kenal even time tu kami baru Form 1-2. Tu cerita lain kali.

Berbalik kepada bola. Kat tempat aku tinggal, area2 Ipoh Jaya, Rapat Setia, Sungai Rokam dan Pekan Razaki, memang banyak padang permainan dan selalunya setiap satu padang2 ni dikuasai oleh satu team. So X-Rangers ni adalah satu ‘home’ sendiri. Setiap team juga ade ‘local rival’ yg tersendiri. Rival kami pada waktu itu adalah satu team yg namanya Kulop. Jangan tanya aku apsal namanya Kulop. Jadi bertandinglah X-Rangers dan Kulop ni tak henti-henti. Ada kalanya gaduh, ada kalanya bergabung buat satu team tapi apa yang best kami semua minat bolasepak.

Aku juga berjaya membeli boot bola pertama aku tahun ‘97. Boot Umbro kaler biru yang harganya aku dah lupa. Tapi aku sorok-sorokkan dari abah aku sebab time tu abah aku pantang skit kalau beli mende tak bagitau. Tapi terkantoi jugak menyebabkan abah aku nak tetak boot aku tu. Tapi tak tetaklah. Gertak je kot tu.

Minat berbola ni diteruskan sampai habis sekolah menengah sampai masuk kolej sekali. Pernahkah aku wakil sekolah, kolej or daerah ke? Tak pernah. Prinsip aku waktu itu aku bermain bola untuk suka-suka, bukan untuk bertanding. Sebab yang lainnya, aku ni rabun, pakai spec lagi. So kalau bukak spec memang buta lah aku. Nak buat contact lens time tu mane ada duit. Skrang ni boleh la pakai contact.

Selepas dapat result SPM yg baik aku nak ke UK. Semuanya sebab aku nk merasai sendiri  EPL secara ‘hands-on’. Tamat A-Level dan time nak pilih university aku nak masuk university di Manchester tapi malangnya kursus yang aku nak tak ditawarkan di manchester. Jadi aku pilih uni yg paling dekat dengan Manchester. Maka ke Sheffield lah aku sejam naik train dari Manchester. Alhamdulillah, dapat juga aku merasai tengok match di Old Trafford dan match di Bramall Lane, home of Sheffield United.

Dari aku kecik sampai le ke hari Ahad, 11 May yg lalu aku terpacak depan TV menonton perlawanan yang menentukan kejuaraan Premierleague di antara Wigan dengan Man United. Jarang sekali aku berdebar-debar bila aku tengok bola tapi game ni aku memang berdebar abis. Ditambah lagi bila Ronaldo nak ambil penalti yang aku memang tak boleh tengok. Akhirnya United menang sekaligus menang Premierleague.

Adakah aku sudah lupa dengan Perak? Tidak sama sekali. Perak still one of my fav team since Perak is where I was born and breed. Cuma dah lama sangat aku tidak ke Stadium Perak disebabkan pada satu ketika family aku berpidah ke Johor dan kemudian aku masuk SBP, kolej dan ke university. Insyaallah balik Malaysia nanti pasti aku ke Stadium Perak lagi.

A bit anti-climax isn’t it. So ape kesudahannya??? Tak ada kesudahan pun. Aku hanya bukan seorang poser yang kadang-kadang suka dengan bolasepak hanya bile menang. Bukan lalang yang menurut angin. Aku sedia untuk membayar jika untuk melihat team aku bermain, team Perak or even Malaysia sekali pun. Aku passionate dengan bola. Passion tak bole dibina dengan satu hari. Passion dibina dengan bertahun-tahun ‘pujaan’ terhadap sesuatu. Only the strong stays, the weak comes and goes.

HIDUP BOLASEPAK!!!

p/s: post terpanjang dari aku dan first ever personal thought post dari aku juga..huh


Comments

  1. Quote

    wohh. best gile. menyingkap nostalgia… macam nak tulis benda yg sama. tapi, kang org ckp plagiat idea.. ahaha. tapi bagus la.

    aku pun tak suka peminat yg hanya sokong time team tu menang or jadi champion. aku kalau man utd main hari ahad malam, and kalah or seri, isnin tu dah rasa mcm malas nak gik kerja. effected oo mood aku.

    ahhh, ko mmg best. tulis lagi. and bila ko nak balik msia, aku mcm nak kirim something la… :)

  2. Quote

    Aku terpanggil utk comment lps bc bola kene sepak…trase cam nk share citer aku gak…sbb ade similarities…same cam kau, aku start kenal football thru ayah n pcik2 aku yg minat bola…aku x penahlaa ikut g stadium tp sekadar join tgk bola piala msia kat tv…time wc94 jgk laa aku start terexposed dgn int football…tp disebabkn x paham sgt ngn system 24 jam….aku slalu miss matches sbb slh set alarm clock…pastu, kalo kau perak, aku of course slgor…time tu mmg best sbb slgr pwr laa jugak…x lame lps tu,aku terlost interest ngn arena bola sepak tnh air once aku knal epl…haah, mcm berlagak tp aku rs epl lg interesting (ditambah pulak ngn prestasi slgr yg makin jatuh…time tu,aku mmg lalang…tp bkn spesis lalang yg tukar2 team mengikut arah tiupan angin…aku lalang yg ditebang dan tak mungkin tumbuh lg..huhu) so tamatlah riwayat aku sbg penyokong slgr…dan bermulanye riwayat aku sbg peminat epl…aku stat tau psl liverpool fr ayah aku yg minat gak laa liv…tp x fanatic sgt…manc utd lak aku tau since aku darjah 5 kot…time cantona kung-fu kick fan pastu kene suspended. Mase tu aku xde team…sume footballer yg pwr aku suke….eric cantona esp…yg lain giggs, zola, bergkamp, fowler, mcmanaman….tp aku agk bias ngn dua team ni laa…manc n liv….waktu form 1 kot aku br start beli mag match jugak…most prob sbb tu antara mag yg plg murah kot.Thru match laa aku tau psl football…pastu bile aku semakin obsess ngn bola…aku sdr….x logic langsung sokong liv and at the same time sokong man u…diorang rivals! Time nk decide tu, aku rs lg best support the weaker team betw the two… so fr that point onwards, I’m a red in and out….the Reds yg baik…bkn the red devils…hehe…lg satu…aku pun tulis surat kat plyrs…liv laa tp….tp aku waras sket laa…x mintak boots…haha…lwk laa kau….aku mintak sign diorng je…pjg laa pulak…to wrap up, I totally agree with what u’ve written bout Passion…cume nk add anthr pt, passion can always fade away and eventually vanish without a trace. (tp tu worst case scenario laa) case aku, I’m no longer passionate or obsessed in football like I used to be but i still enjoy football no matter what…

  3. Quote
    Izad (subscribed) said May 19, 2008, 3:01 pm:

    agak same di situ pengalaman kite..hehe..papehal teruskn sokong bolasepak..

    anyway liverpool xbesh.ko salah choice disitu..hahaha

  4. Quote
    Izad (subscribed) said May 26, 2008, 4:37 pm:

    wohh. best gile. menyingkap nostalgia… macam nak tulis benda yg sama. tapi, kang org ckp plagiat idea.. ahaha. tapi bagus la.

    aku pun tak suka peminat yg hanya sokong time team tu menang or jadi champion. aku kalau man utd main hari ahad malam, and kalah or seri, isnin tu dah rasa mcm malas nak gik kerja. effected oo mood aku.

    ahhh, ko mmg best. tulis lagi. and bila ko nak balik msia, aku mcm nak kirim something la… :)

    bole2..no prob..kang bgtau aku

Leave a Comment

Formatting Your Comment

The following XHTML tags are available for use:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

URLs are automatically converted to hyperlinks.