3 Sisters
3 Sisters, originally uploaded by IzaD’s photoground™.
Aku masih tercari-cari the ultimate method for black & white(B&W) conversion. Setakat ini aku dah tahu tak kurang dari 5 cara untuk B&W conversion dan setiap cara memberi result yang berbeza tapi masih mempunyai kesamaan dalam certain aspect.
Ringkasannya,
- convert ke B&W by channel mixer or B&W filter or desaturate(less likely method)
- levels and curve adjustment
- dodging & burning(most important part)
- add ‘grain’ or noise if necessary
Basically itulah cara for B&W conversion. But untuk landscape, caranya pula agak berlainan memandangkan kita mempunyai exposure yang berbeza di foreground dan background(langit/awan). Percantuman 2 exposure berlainan yang telah ditukar ke B&W adalah perlu disini. Kalau rajin gunakan B&W dalam HDR pun boleh dan hasilnya memang best.
Adobe Photoshop Lightroom 2 Beta ada satu pertambahan menarik yang menyerupai dodge & burn tapi agak complex bagi aku sebab sukar nk kawal or handle exposure. Hopefully the full version lebih baik kawalannya.








