Fotografi Itu Trend?

Dah setahun aku terjebak dengan hobi mentekedarah ni dan setakat ni memang worth it la. Bab bagaimana aku terjebak tu memang tak panjang la ceritanya. Dah lama aku nak beli dslr nih since ’05, lepas adik aku beli Nikon D70s tapi memandangkan dslr ni memang mahal so aku pendamkanlah. Summer tahun lepas aku bekerja dengan University aku, so dengan gaji yang dikumpul maka terbelilah Nikon D40, dslr pertama aku dan dah pun membiak-biak sampai sekarang. Lepas tu macam orang kata, the rest is history…

Aku sebenarnya agak terkebelakang dalam mengenali trend-trend yang berada di Malaysia. 4 tahun diperantauan menyebabkan aku jadi katak di bawah tempurung, terperap di dalam bilik bersaiz 10′x10′ berdepan dengan cyberspace hampir pada keseluruhan waktunya. Movie Melayu mana latest? tak tahu.. Pelakon mana hot? tak sure.(si hodoh Fasha Sandha lagi ke?). AF? lagi haram aku tak sentuh. Sedar-sedar aku baru tahu yang fotografi sudah jadi satu trend untuk anak-anak muda di Malaysia.

Apa yang menyebabkan aku rasa fotografi ni satu trend? Semuanya berdasarkan pembacaan aku dari blog2 takpun dari gambar2 yang aku tengok. Kemana-mana ada saja yang aku tengok/baca ada je yang memegang dslr. Tak sure sama ada untuk look cool or mengikut kawan/trend but hopefully diorang ada sebab tersendiri kenapa diorang buat fotografi. Nak kata aku sendiri experience it or kene tempiasnya tak kene jugak sebab aku sudah 2 tahun tak balik Malaysia. So kiranya pure la dari trend2 yang ada kat Malaysia dalam masa 2 tahun lepas. Aku ni lak jenis yang suka melawan arus. Kehulu korang pergi maka ke hilir lah aku. Dah jadi trend ni buatkan kekadang aku geli-geli belut skit. Tapi tak kisahlah asalkan si poser bahagia…

Aku meyampah bila dalam forum-forum fotografi(dan aku yakin dalam dunia luar juga) mereka2 yang baru seminggu pegang kamera dah tangkap gambar wedding, lepas tu terhegeh-hegeh tanya okay ke idak. Apa kejadah. Beli kamera semata-mata nak shoot wedding, cari duit. Aku taklah nak condemn mereka2 yang dah lama tapi rasa nak karate je orang2 baru yang bilang ‘saya minat fotografi’ tapi minat tu hanya untuk duit or to be specific buat wedding. Inilah yang aku namakan poser. Terikut-ikut dengan trend. Jijik aku rasakan. Nak minta aku buat wedding? Mentah-mentah aku tolak beb.

Lagi satu jenisnya pula newbie yang suka meminta-minta untuk belajar edit. Nak karate lapan kali pun ada. Pergi belajar basic dulu, tahu apa itu composition, ISO, aperture dan shutter speed. Ini tak, amik gambar caca-merba pastu bila edit canggih2 member2 lain pun kagum(Aku pun termasuk lah skit2 nih). Apa kes…

Tak sabar aku nk balik Malaysia dan tengok dengan mata kepala aku sendiri sejauh mana trend ni dah membiak. Aku yakin mende ni bukan terjadi di Malaysia sahaja tapi di seluruh dunia. Bayangkan yang Canon baru sahaja jejak production lens diorang yang ke 40 juta yang mana 10 juta lens yang terdahulu dijual hanya dalam masa 2-3 tahun lepas. So sapa nak kaya boleh start bukak kedai fotografi, jual lens.

Over to you…


Comments

  1. Quote

    Seperti kami2 inikah maksud anda?

  2. Quote
    Izad (subscribed) said May 27, 2008, 12:06 pm:

    Seperti kami2 inikah maksud anda?

    Aku tak kisah sesiapa pun yang nak terasa. Tapi kekadang aku rasa begitulah reality nya.

    Yg penting ingatkan diri sendiri kenapa aku buat fotografi…

  3. Quote

    Kami2 memang jenis yang suka angkat bakul sendiri.
    Walaupun cuma dengan kamera telefon, pon kami cukup gah.
    Kami kongsi sana sini. Apa kami tau, kami hebahkan pada kawan2.
    Itulah cara kami tunjuk kononnya pandai.
    Memang beginilah realiti disini untuk pengetahuan anda..
    2 tahun berbeza sudah Malaysia ye.

  4. Quote
    Izad (subscribed) said May 27, 2008, 1:32 pm:

    Well said.. Masing2 ade interpretasi tersendiri..dan perkongsian itu amat bagus.

    Aku hanya mengekspresskan kejelikan aku terhadap mereka2 yg mcm aku tulis dlm perenggan wedding di atas.

    2 tahun memang lama…

  5. Quote

    this is a typical phenomena here in malaysia nowdays.. dulu bole kata sangat rare bilangan yg ade flickr or fotopages ni, but now.. bersepah, freelance pn dah mcm cendawan tumbuh. And another thing is.. just look at their quotations & pricing.. perghh kalah photographer yg veteran nye price :) funny!

  6. Quote
    Izad (subscribed) said May 28, 2008, 2:20 am:

    this is a typical phenomena here in malaysia nowdays.. dulu bole kata sangat rare bilangan yg ade flickr or fotopages ni, but now.. bersepah, freelance pn dah mcm cendawan tumbuh. And another thing is.. just look at their quotations & pricing.. perghh kalah photographer yg veteran nye price :) funny!

    aku menulis nih sbb aku pun kurang pasti situasi semasa.. dan nampakknya suerie pun telah mengiyakan gelombang fotografi ni satu fenomena or trend baru.bersepah photog or photog wannabe..

    bab quotation dan pricing kekadang aku memang geli hati. mmg btui hrga xnak kalah dengan harga mereka yg dah establish hanya dgn alasan nk maintain paras hrga syiling semasa or nk memartabatkan profession photog. bergaduh pasal harga pun ada di forum2 fotografi. mcm2…

    fotopages itu israel dan aku anti israel. jadi mari kita ke flickr

  7. Quote

    aku bermula dgn pns camera pada awal tahun 2007..kemudian amatur slr (350d) dan kemudian semi pro slr (d200). nak kata trend..xtahulah mcmana nak ckp. pasal aku bermula dgn pns camera pasal mula ber blog…setiap entry aku ada hasil gambar yg aku ambik sendiri..kemudian smpai satu tahap aku ah abis guna camera tu smpai tahap maksima..kemudian beralih arah…

    pasal ambik gambar wedding plak setakat ni dah 7 wedding aku ambik. itu pun pasangan pengantinnya di kalangan saudara mara aku dan officemates aku..kalau org aku xkenal aku xambik wei..

  8. Quote
    Izad (subscribed) said May 30, 2008, 11:33 am:

    yaaa..chot sudah mari..aku suke blog hang chot

    anyway, perjalanan hang similar to mine..bile gunakan sesuatu sehingga ke max kite akan rase mende tu sudah jadi obsolete, maka diri ini sentiasa dahagakan teknologi terbaru

    psl wedding aku cume condemn noobs yg terhegeh-hegeh nk buat wedding or noobs yg amik fotogrfi just for the money.
    hang ok chot..hahahaha

  9. Quote

    aku baru nak try wedding fotografi. nak tau sama ada aku berbakat atau tak dalam wedding fotografi. mana tau jadi saiful nang kedua ke. tak salah mencuba. setelah setahun aku pegang kamera bagak, aku masih tak yakin dengan hasil foto aku. sebab tu tak berani ambik job. masih shoot untuk suka-suka, hobi.

  10. Quote
    Izad (subscribed) said May 31, 2008, 7:08 pm:

    mmg best hobi ni..tp kekadang dah jd lbh dari hobi bg aku

    gudluck try wedding..tak salah mencuba..salah satu cabang fotografi gak..tp cabang yg aku tak minat..tu sbb aku hentam tu…hahaha

  11. Quote

    saya xada dslr…xmampu beli lagi…tapi saya suka blog kamooo…

  12. Quote
    Izad (subscribed) said June 3, 2008, 1:49 am:

    xade dslr pun xpe..bukan bole kaya or kenyang pun kalo ade dslr..hehe

    kalo suka ape lagi..bookmark le..haha
    thanks for visiting

  13. Quote

    selamber je ko ckp fasha sandha hodoh. hahaha. dia cantik woo. nway, pelakon paling ayu skang ni diana rafar. skang tgh top sejak berlakon dlm citer ezora

  14. Quote
    Izad (subscribed) said June 3, 2008, 6:00 pm:

    seriously, fasha sandha mmg xlawa langsung..aneh apsal le die bole famous…diana rafar ayu ke..ok la compared to fasha sandha..hahaha

  15. Quote

    taste ko tinggi sgt la ijad. hahaha

  16. Quote
    hazis (subscribed) said October 8, 2008, 9:51 pm:

    tak tau macamana saya tersesat ke blog hang Izad,tapi saya cukup seronok
    membaca blog Izad, click sana click sini banyak pengetahuan saya dapat,walaupun
    saya dah pernah kursus kat Fototeacher pasal camera dan teknik fotografi tapi
    jauh perjalanan luas pandangan,banyak pembacaan banyak pengetahuan.Fotogafi
    merupakan hobi saja bagi saya, sedangkan tugas saya sebenar adalah di bidang
    Topografi atau Pemetaan,Izad lebih mahir dibidang fotografi kalau boleh kemen
    sikit foto foto yang saya ambil dan telah di upload di Website website saya.

Leave a Comment

Formatting Your Comment

The following XHTML tags are available for use:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

URLs are automatically converted to hyperlinks.