I was a student…

Alhamdulillah aku telah berjaya menamatkan exam terakhirku sebagai pelajar undergraduate and I was a student now. Pun begitu dengan potensi pembayaran study loan sebanyak RM5k ke RM500k dan dengan peningkatan kos hidup membuatkan aku kekadang termenung jauh. Takpelah, itu kira kemudian cerita. Enjoy zaman senang sebelum bersusah kemudian hari…

Pelbagai project aku dah plan sejak 2-3 bulan lepas lagi untuk dibuat selepas exam habis, mostly berkaitan dengan fotografi dan perkara-perkara lagha. InsyaAllah yang akan aku buat

  1. Strobist dan DIY Project. Banyak project/tutorial yang dah dibaca dan sedia untuk dibuat terutamanya berkenaan dengan DIY Flash-Ring. Wireless trigger cap ayam sudah pun ada disertai dengan pertambahan Nikon SB-25 sebagai 2nd flash. Tunggu hasilnya je nanti
  2. Terdapat beberapa tutorials yang still tertunggak dan dalam keadaan draft dan perlu disiapkan untuk kome semua. Tungguuu
  3. Pergi menembak di kawasan sekitar dan yang sewaktu dengannya sebab dah sangat lama tak pergi menembak
  4. Bercuti dan bersiar-siar bersama rakan-rakan ke tempat-tempat yang masih belum dirancang lagi. Ada apa2 plan jangan lupa jemput aku weh
  5. Bercuti di Istanbul bersama keluarga.
  6. Last ‘pilgrimage’ di Old Trafford, Manchester
  7. Ber’backpacking’ ke Utara Semenanjung selepas balik Malaysia

Setakat ini itu saja yang dapat difikirkan dan akan ditambah mengikut kemampuan nafsu dan balance bank. Aku open kepada jemputan parti-parti liar mahupun jinak dan jika ada BBQ jangan lupa untuk menjemput sama.

Over to you…


Leave a Comment

Formatting Your Comment

The following XHTML tags are available for use:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

URLs are automatically converted to hyperlinks.