Burned v2.1

Burned v2.1, originally uploaded by IzaD’s photoground™.

Project berkenaan bulb lampu dah lebih setengah tahun aku tangguh. Kali terakhir aku mencuba experiment ini adalah pada November tahun lepas dengan camera Nikon D40 yang mempunyai kadar kelajuan 2.5fps(frames per second) Hasilnya agak kurang menarik sebab aku terlepas dengan ‘action’ awal bulb itu mengembang. Dengan 6fps Nikon D300, result nya memang lebih baik.

Exposure: 0.002 sec (1/640)
Aperture: f/4
Focal Length: 135 mm
ISO Speed: 200

Bagaimana aku membuatnya?

  1. Cari sebuah lampu berdiri atau lampu yang menggunakan bulb. Bulb yang selalu digunakan adalah bulb dari jenis ‘screw-in’.
  2. Kemudian kita setting camera. Letak camera di tripod dan compose shot dari mentol yang menyala. Setting aku boleh tengok di exif info di atas. Tak semestinya kene menggunakan setting yang sama sebab brightness bulb ni depends on Watt. So make sure exposure spot on. Lens pula kalau nak guna kit lens pun boleh tapi preferably lens yang pantas, Sesudah compose shot, turn off AF pada lens itu supaya focus camera tak ‘hunting’ atau boleh switch to mode ‘M’ pada focus mode selector switch.
  3. Pecahkan bulb. Part ini yang agak tricky skit. Bulb dicipta dengan melengkung supaya luarannya kukuh dan kuat walaupun dibuat daripada kaca. So korang kene ketuk bahagian kaca yang paling lemah sekali iaitu dibahagian base kaca bulb tu. Kalo korang ketuk bahagian melengkung hampir pasti filamen bulb tu akan putus, sekaligus bulb tu tak akan menyala. Make sure hati-hati bila pecahkan bulb itu. Sebarang kecederaan tak akan di tanggung oleh aku.
  4. Untuk mengelakkan camera shake, adalah lebih baik jika gunakan cable release untuk shoot. Tukar mode kamera ke continuous, CH untuk continuous shot.
  5. Satu perkara yang penting, bulb yang dipecahkan itu hanya boleh digunakan sekali saja. Bulb itu akan menyala dalam masa 1 saat sebelum padam macam lilin. So pada kamera yang mempuyai ‘frame per second’(fps) yang lambat adalah disarankan dapatkan pembantu untuk tekan switch lampu. Petik switch lampu dan shutter dengan serentak. Pada yang ada kamera mempuyai fps yang pantas boleh tekan shutter dulu sebelum tekan switch lampu. Dan buat mende ni di dalam bilik yang gelap.
  6. Tebaboooooo… Bulb akan meletup…
  7. No 6. adalah tipu sama sekali.. Bulb tak akan meletup. Cuma akan padam dengan sangat pantas. Jadi agak nasib juga untuk mendapat shot yang mempuyai bentuk ‘mushroom’ yang menarik. Bersedialah untuk membeli bulb dengan banyak untuk shoot yang berjaya.
  8. Edit sesedap rasa di Ps atau Lr.
  9. Selamat mencuba

Untuk editing, pelbagai colour boleh ditukar bergantung kepada pilihan masing. Jika ada banyak permintaan aku boleh buat tutorial sekali. Jikalau ada apa2 persoalan usah segan2 bertanya. InsyaAllah boleh aku tolong. Nantikan project/experiment seterusnya.

Over to you…


Comments

  1. Quote
    Che We (subscribed) said June 9, 2008, 8:39 am:

    Cantik. Ko mmg berbakat la, bro. Sila teruskan

    P/S: Nanti kalu free leh ajar aku edit gambar pakai ps? Hehe..

  2. Quote
    Izad (subscribed) said June 9, 2008, 10:16 am:

    no prob che we

  3. Quote

    agak komplikated nak buat. nanti aku try.

  4. Quote
    Izad (subscribed) said June 13, 2008, 9:48 am:

    agak lah tp agak worthwhile juga

Leave a Comment

Formatting Your Comment

The following XHTML tags are available for use:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

URLs are automatically converted to hyperlinks.