Memberontak

The B, originally uploaded by IzaD’s photoground™.

Pada satu petang yang buhsan aku duduk-duduk melayari tenet. Secara tiba-tiba Kodiang mengajak aku ke Botanical Garden untuk ‘memberontak’. Dengan semangat radikal yang membara aku pun bersetuju. Dengan segera aku packing segala senjata yang ada dalam armory aku termasuklah 80-200mm yang seberat meriam.

Cuaca agak tak mengizinkan ketika keluar rumah tetapi selepas sampai di Botanical Garden(BG), cahaya matahari mula keluar disebalik awan-awan gelap. Hasrat untuk memberontak dengan menembak awek-awek di Botanical Garden agak hambar berikutan taman yang kelihatan agak lengang. Yang kelihatan cuma beberapa lelaki yang tak berbaju bermain bola. Sungguh gay sekali jika aku hendak menembak mereka.

Gambar di atas menunjukkan hasil-hasil shutter yang terawal ketika di BG. By far, boleh dikatakan my best macro shot. Aku nak menarik minat kome semua mengenai lens-lens lama. Lens yang digunakan disini adalah lens Nikkor 55mm f/3.5 Micro-P.C ditambah dengan magnifying glass Raynox DCR-250. Kalau di ebay.com or ebay.co.uk, lens-lens Nikon yang lama seperti lens AI, E, PC dan sebulu dengannya memang amat murah. Cuma yang cons nya lens ni tak boleh autofocus dan hanya boleh metering dengan camera Nikon D200 dan ke atas. Hasrat aku untuk membeli Tamron SP 90mm agak terbantut disebabkan aku rasa lens ni masih boleh dipakai dengan cemerlang dengan Nikon D300 ditambah lagi dengan penggunaan Raynox DCR-250 yang membolehkan reproduksi imej makro 1:1 ditangkap.

Lagi satu yang leceh, seperti mana yang tulis tadi ialah pasal autofocus. Memang penat jari nak memulas-mulas focusing ring lens tu. Tapi hasil praktis yang berterusan aku berjaya memfokus dengan pantas walaupun lebah tu mamang tak reti nak duduk diam. Tak caya boleh klik di SINI untuk saiz imej besar. Lihat betapa sharp nya kepak lebah tu. Hebat bukan.

Di BG juga, terdapat banyak burung-burung dan tupai-tupai berkeliaran. Dengan mengumpan tetupai dengan cokolat Kinder Bueno dari Kodiang, maka bertupai-tupai lah datang nak makan termasuklah merpati yang tak dijemput. Bagus juga aku bawak lens tele, boleh juga snipe dari jauh tetupai ni.

Looking out

Looking out, originally uploaded by IzaD’s photoground™.

Banyak sungguh menatang disekeliling aku

Animal Planet

Ketika berjalan balik, aku terserempak dengan supervisor project aku. Dengan pantas aku mengangkat tangan menunjuk tandai ‘Hai’ dan dia pun tersenyum. Tapi damn, kenapalah aku tak berhenti bersalam dan chit-chat skit. Mana tau kot2 di tambah lagi markah kesian untuk project aku. Cisss…

Kesimpulannya tupai suka makan cokolat.

Sampai disini saja laporan pemberontakan dari aku.
Over to you…


Leave a Comment

Formatting Your Comment

The following XHTML tags are available for use:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

URLs are automatically converted to hyperlinks.