‘Pop Out’ warna dari gambar Hitam Putih

Kali ini aku nakbertutorial mengenai bagaimana nak ‘pop out’ warna dari gambar hitam putih atau senang cerita kita nak buat selection untuk separuh gambar itu berwarna dan separuh lagi dalam hitam putih. Contoh gambar diperoleh dari stock photo di atas.

Firstly, kita tukarkan gambar itu kepada hitam putih(b&w). Di Ps, klik Layers>New Adjustment Layer>Hue/Saturation. Taip b&w di dalam kotak nama dan klik OK. Untuk tukarkan ke b&w, gerakkan slider Saturation ke -100 dan klik OK.

Step ke-2, kita akan naikkan contrast gambar tu. Pergi ke Layer>New Adjustment Layer>Levels. Namakannya Contrast dan klik OK. Di bawah histogram Levels tu, gerakkan 2 slider di bahagian luar(kiri dan kanan) ke dalam untuk boost contrast. Gerakkannya sesedap rasa bergantung kepada gambar masing-masing.

Ulangi langkah di atas tetapi namakan layer ini sebagai Cloud sebab dibahagian ini kita hanya mahu boost contrast langit agar sedap mata memandang. Jangan kisah dengan foreground anda yang kita memang dapat tengok akan menjadi gelap. Tumpukan pada langit sahaja. Gerakkan slider kiri di bawah histogram ke tengah sesedap rasa untuk contrast langit yang best.

Di layer Cloud, tekan X di keyboard untuk tukarkan warna foreground ke warna hitam dan klik Brush tool (B). Dengan menggunakan saiz brush yang besar, ‘warnakan’ keseluruhan bahagian foreground melainkan bahagian langit. Gunakan brush bersaiz kecil untuk edges yang berdekatan dengan langit. Jika korang tersilap mewarna atau tersasar usah risau. Tekan D di keyboard dan warnakan kembali bahagian yang silap sebelum menekan kembali X.

Klik di layer b&w untuk mewarna bahagian yang korang mahukannya berwarna. Tekan X dan warnakan dengan menggunakan Brush tool yang bersaiz kecil disebabkan korang perlu teliti disini untuk di bahagian yang berwarna.
Kemudian sudahi dengan Layer>Flatten Layers untuk cantumkan semua layer sebelum di save kan mengikut format pilihan korang.
Hasilnya,

Basically beginilah caranya untuk ‘pop out’ kan warna dari gambar hitam putih dan ada beberapa cara lagi boleh digunakan untuk penghasilan gambar yang sama seperti dengan menggunakan Layer Mask. Teknik ini khusus untuk gambar landscape yang ada awan/langit. Mantap bukan.
Selamat mencuba. Papehal roger aku di comments.
Over to you…








ooo… cam gitu yer cara betul ko buat.. usually aku trace yg original, copy and paste kat exact spot atas gambar hitam putih, tapi the edge tak cantik sangat laa.. aku rasa color pakai tangan sepatutnyer lagi best kot.. try next time..
not necessarily betul tp basically mcm tu la..ada method yg lebih senang dengan gunakan layer mask tp i guess cara ni paling best generally
good tutorial bro..
thanks bro
oke nanti apa2 anda tolong edit kan jelah. haha.
bole saja..tp ilmu menedit ni xlah sehebat org lain..bole le basic2 nye
cara ni lah yang selalu aku pakai sejak sekian lama hingga ke hari ini. kelebihannya, kerja cepat siap & mudah nak modify. ini disebabkan source gambar original kat layer tu x rosak akibat hentaman effect photoshop…
betol tu masta