Minimalist

I'm no photog...

Kawan-kawan aku banyak bertanya mengenai gambar-gambar yang aku ambil. Soalan yang acap kali ditanya adalah ‘ko edit bagi lawa ke nih’.  Dan aku teragak-agak untuk memberi jawapan. Jika kata tidak pasti aku menipu diri, jika ya pasti aku akan menunjukkan kelemahan diri. Tapi jawapan yang aku selalu berikan adalah ‘yes and no’. Memang hampir semua gambar aku diedit disebabkan aku suka mengambil gambar dalam format RAW berbanding format JPEG. Jadi dalam RAW semestinya gambar perlu diedit dalam ‘digital darkroom’ untuk mendapatkan hasil yang kita mahu. Jadi di sini kekadang di awal pembabitan aku dalam editing aku rasa memang agak berlebihan dalam mengedit gambar.

Tapi lama-kelamaan aku terfikir perlukah semua editan ini? Menipukah aku dengan mengedit gambar secara berlebihan? Nak tak nak kerja-kerja edit ni memang dah tak boleh dipisahkan dari dunia digital. Cuma sejak kebelakangan ini aku lebih suka tidak mengedit or to be a minimalist dalam editing gambar. Tangan-tangan aku sudah mula bergerak untuk betulkan distraction pada subject dan lebih banyak masa diluangkan dalam mengarang komposisi gambar. Di post-processing(pp) aku cuma menukar variable white balance, dan vibrance(satu slider yg best dalam Lightroom) dan jika perlu teruskan di Photoshop untuk Curve dan Level adjustment. Sifat-sifat minimalist ini kekadang kenelah dilupakan kalau nak mengedit gambar dengan certain themes yang aku nak macam Black & White, Lomo like, HDR, digital blending dan macam-macam lagi. Tapi aku tak suka HDR dan tak pernah cuba lagi digital blending. Sudah pro kah aku? Tentu tidak dan takkan.

Selepas setahun lebih memang banyak pengalaman teori dikutip. Aku tak punya luxury seperti mana mereka yang berada di Malaysia yang di mana-mana pun ada event di sana sini untuk para photog practise their skills or ada forum, groups or cliques yang selalu meet-up untuk outing mengambil gambar or dalam bahasa photog dipanggil TT(teh tarik). Aku hanya belajar dengan buku, majalah, tenet dan dengan mengajar rakan-rakan lain yang sehobi di sini. Hopefully aku dapatlah meet-up mereka2 yang ada kat Malaysia untuk TT. Pasti banyak yang boleh dibelajar.

Hari Sabtu ni, ibu, abah dan kakak aku datang ke sini untuk Majlis Graduasi aku pada 23hb nanti. Mereka datang awal disebabkan aku nak bawa mereka berjalan-jalan ke Istanbul, London dan kawasan-kawasan sekitar. Agak banyak duit akan dihabiskan tetapi pasti tidak sebanyak duit yang ibu bapa kita belanja untuk kita sejak dari kita lahir lagi. Inilah masanya untuk aku ‘belanja’ mereka. Bila lagi la kan…

Anyway gambar di atas bukan lah contoh seorang yang minimalist. Diambil oleh Khai dan diedit di Lr dan background diblurkan di Ps. Banyak masa terluang jadi gatallah tangan ni untuk cuba mende2 nih…


Comments

  1. Quote

    aha..sy pown kadang2 malas mau ngedit..nmpak unik sket ye sbb skrng ne sume edit kao2 :D

  2. Quote

    aku plak mmg ketagih dlm meng edit gambar ni. dah jadi ketagih beb..xbyk atau skit pasti ada.

  3. Quote
    Izad (subscribed) said July 21, 2008, 12:46 am:

    btol tu…ade saje yg nk diubah

Leave a Comment

Formatting Your Comment

The following XHTML tags are available for use:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

URLs are automatically converted to hyperlinks.