At Last…

At Last…, originally uploaded by IzaD’s photoground™.
Aku mula belajar secara formal sejak berumur 6 tahun dan kini, setelah berumur 24 tahun 1 bulan, akhirnya pelajaran formalku habis. Alhamdulillah. 18 tahun yang sangat sukar yang penuh dengan ‘highs and lows’. Klimaks nya aku kurang tahu yang mana satu tapi yang pasti bukanlah examku di university yang terakhir.
Bercakap pasal cita-cita aku tak pernah punya cita-cita. Aku hanya ikut kemana saja kakiku pergi. Dari darjah 6 ketika UPSR, aku hanya mendapat 3A dan tak tahu ke sekolah mana aku nak pergi. Pada peringkat PMR, dapat 8A aku pun tak sure aliran mana yang aku nak pergi. Yang pasti tidak biologi sebab keloyaan aku terhadapt darah. Jadi aliran kejuruteraan aku ambil. Habis SPM dapat 8A lagi, tapi tak sure lagi kemana aku nak pergi. Bermacam-macam pendapat aku dengar menyebabkan aku kadang2 terikut-ikut. Dalam borang UPU aku pilih Diploma Kejuruteraan Elektrokal/Elektronik di UiTM sebagai pilihan pertama tetapi tidak BEng di UTM. Nyaris aku mintak Skim Pelajar Cemerlang(SPC) dari Mara untuk ke luar negara. Alhamdulillah dapat tawaran dari Mara.
Selepas SPM sambung ke peringkat A-Level di Kolej Mara Seremban. Memang sukar gile A-Level nih. Banyak kali jugak aku fail exam terutamanya subjek Kimia. Jadi Subjek Kimia aku gugurkan dan diganti dengan Further Maths. Akhirnya, exam final lepas jugak aku sipi-sipi untuk ke UK.
Bab pilih course dengan uni lagilah aku pening. Agak kurang sure course mana yang aku nak buat memandangkan aku tak punya minat yang spesifik terhadap sesuatu. Jadi aku memilih Electronic, Control and Systems Engineering dari University of Sheffield sebab namanya memang sedap. Ada ke pilih course ikut nama sedap. Tapi tidak ku tahu yang couse tu adalah course yg memang killer habis. Last-last baru aku tahu. Tapi tak kisah… Aku tak punya cita-cita. Hanya mengikut kemana sahaja kaki ku pergi.
Aku memang sibuk 2-3 minggu ni dengan membawa family aku berjalan-jalan. So kurang masa nak berblog atau menghantar gambar ke flickr. Lightroom aku pulak asyik crash saja so agak sukar untuk aku nak edit RAW aku.
Habis bab graduation, aku akan pulang pada 2hb 8 nanti. Ada la beberapa kenalan yang kenal secara online. Hopefully dapat la jumpa untuk TT ketika aku berada di Klang Valley untuk beberapa ketika sempena aku nak interview nanti. Papehal roger aku..
Lastly, a few gambar sempena gradution aku…











Congratulations on your graduation!
thanks deyna!!
congratulations on ur graduation…
waaa tamat sudah pembelajaran…n nmpknya x sia2 usaha selama ini, walaupun ‘xde cita2′…:)
nway..wish u all the best in ur life…n hope u’ll get ‘ur cita2′
best giler nampak.. cis… aku tak habis habis lagi!