Aku akan rindukan…

Friends

Esok aku akan berangkat pulang ke Malaysia setelah 2 tahun tak balik. Sejauh mana pun kita pergi satu hari nanti pasti akan kembali juga ke tanah tumpah darah.  Flight balik adalah pada pukul 1500 di Manchester International Airport dengan menaiki British Midland untuk ke Heathrow sebelum menaiki flight MAS ke Malaysia pada pukul 2200 dan sampai di KLIA pukul 1725, 03/08. Agak jauh waktu perjalanan di situ. Kepala juga pening memikirkan berat beg aku yang terlebih ditambah lagi dengan 15kg photography equipment yg aku galas sebagai hand luggage yang aku masih kurang pasti lepas naik ke tidak. Kalo tak mampus aku kene bayar extra.. Duit lagi….

Kembali ke topik asal. Apakah mende2 yang aku pasti rindukan sekembali aku ke tanahair…

Broadband – Benar. Di Msia ada broadband tapi tidak sepantas di sini dengan yang minimum pun 2Mbps dan yang max 50Mbps. Banyak pilihan yang ada…

4 Musim – Ada Panas, Luruh, Sejuk, Bunga… Pilih yang mana anda suka. Aku kurang suka Sejuk sebab leceh nak keluar rumah pakai tebal2. Bil gas melambung-lambung lak tu kene bayo..

Online banking/shopping – Hampir 90% shopping aku adalah dengan online. No pain, no hassle. Cuma duit bank je yang dengan pantas sekali susut

Ebay – Dalam kategori online shopping juga tapi disebabkan peranan besarnya dalam kehidupan aku seharian semasa di UK menyebabkan aku memberi penghormatan kepadanya. Aku adalah self-confessed ebay expert dengan brapa ratus feedbacks pun aku tak ingat dah. Aku sudah tahu yang mana satu bargain dan masa yang tepat untuk mendapat bargain. Aku pasti rindukan ebay…

Peluang bekerja – Bila anda seorang student anda pasti sengkek(hanya applied students seangkatan/sebatch dgn aku saja. Junior2 sekarang kaya giler). Peluang untuk bekerja memang banyak terutamanya kerja2 buruh dan manual. Maka kerja2 ini dipenuhi oleh students melayu malaysia or dari China yang nak kumpul duit termasuklah aku. Sikit2 lama2 jadi banyak beb

Tiada censorship – Benar. Bermacam hiburan di TV..hahahaha.. Aku pasti akan rindukan MTV

BBC iPlayer – Sejak ada BBC iPlayer setengah tahun ni masa-masa bosanku lebih banyak terluang dengan menonton rancangan2 dari BBC yang sememangnya best

Pemandangan menarik – Banyak pemandangan menarik di UK nih.. Dari nature, ke bangunan dan ke orangnya..hehehe

Banyak lagi boleh ditulis tapi aku agak sibuk mengemas bilik untuk balik esok… So takat ni yang aku mampu.

Pada sesiapa di Msia bolehlah menjemput aku untuk apa-apa aktiviti di sepanjang bulan 8 nih. Mungkin akan ke utara untuk berjalan-jalan tapi tengoklah dulu. Papehal roger…


Trackbacks & Pingbacks

  1. Balcony View | jiwa kabus ribut... pingbacked Posted September 23, 2008, 8:11 pm

    [...] post terdahulu aku ada menulis pasal perkara-perkara yang akan aku rindu pada UK sekembalinya aku ke Malaysia. Tak [...]

Comments

  1. Quote

    yo,.1stly nak ucapkan tahniah sbb dah abis belajar.untung kau dpt belajar kat oversea mcm kat uk tu.teringin aku masa dulu2 tp tak tercapai…hehe

    anyway terimakasih tumpang kan aku tmpt tido masa aku kat sheffield hari tu.walaupun bilik aku kat atas jauh gila nak naik turun.haha.datang kl bgtau la.leh lepak sesama.esk aku ke terengganu cuti2 mesia 3hari.haha

    adios

Leave a Comment

Formatting Your Comment

The following XHTML tags are available for use:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

URLs are automatically converted to hyperlinks.