Kebosanan
Death is Certain…, originally uploaded by IzaD’s photoground™.
Sejak balik ke Malaysia aku amat jarang keluar mengambil gambar. Agak berkobar-kobar semangat aku suatu ketika dulu berazam mahu menangkap gambar sana sini di pelusuk Malaya tapi hampeh bila dah balik. Kekangan masa satu hal ditambah lagi kerja yg duduk office saje.
Justeru aku berazam akan keluar TT or ambil gambar once every fortnight. Tutorial pun macam tu jugak. Agak lama tak bertutorial nih. Kene gali balik kitab-kitab lama.
Sejak dari raya lepas, aku dah terjebak dengan camera rangefinder. Apa itu rangefinder(RF)? Rangefinder adalah satu jenis camera lama yang macam slr lama2 tapi pakai fixed lens. Nak tahu lebih lanjut bolehlah tanya pakcik Wikipedia. Disebabkan rangefinder ni pakai filem, jadi aku belajar untuk lebih berhati-hati dalam mengambil gambar sambil menanti moment yang terbaik. Ditambah lagi dengan penggunaan filem B&W yang memang cukup lawa jika betul ‘feel’ dan situasinya. Cons nye cuma lah pada harga. Aku kira2 adalah blanja dalam RM1.50 untuk sekeping exposure dari filem sampai process jadi gambar. Kalo dah 1 roll=36 exposure maunye jadi RM50++. Provided kalau semua spot-on lah exposure gambar2 tu.
Buat masa ni aku pakai salah satu dari 3 bijik rangefinder adik aku punya. Dia ada Ricoh, Yashica dan Cannonet. Ricoh kualiti ok, Yashica lak bagus untuk outdoor, Cannonet belum cuci lagi gambar. Aku ada jumpa satu rangefinder Contax which is salah satu RF yang memang mahal dan bagus kualitinya disebabkan Contax ni guna lens Carl-Zeiss. Harga dalam RM600++ yang aku rasa murah untuk jenama tu. Jenama2 lain selalunya harga dalam RM400++. Tapi duit lah sempit skit sebab baru abis beli motor hari tu. Ciss…
Gambar di atas adalah salah satu dari hasil Ricoh tu. Agak lawa aku rasa. For more bole usha kat sini. Akan aku update dari masa ke masa. Tenet slow maaa..
Satu roll dah dihantar untuk develop kat Leos di Ampang Park, satu roll ada dalam Yashica. So expect photostream aku akan dipenuhi oleh gambar2 B&W yang grainy.
So itu je update buat masa ini. Agak bosan bukan. Memang aku sangat bosan pun. Nak pegi TT jangan lupa ajak aku. Akan aku menderum kapcaiku ke lokasi TT tu.
Over to you…









ish ish.. ko dah pakai slr sampai bosan lepas tu pakai filem… aku kamera pun blum beli!!!! deyyyyyyy….
come on lah bing..go buy a camera lah..aku rekemen canon g10 or g9..
Ko duk mana yer?
Ko selalu develop kat Ampang Park ke? Aku selalu pegi develop gambar kat kedai Fuji tingkat 1 tu.
setakat ni tau kat situ je sbb murah.aku ikut adik aku je.kedai cap ape aku terlupa lak tp nama kedai tu leos kalo xsilap.tingkat 2 sblah eskelator
lupe nk kabo..aku dok kat seksyen 27..aku tau ko dah keje kat s.alam kn bali..hahaha…jom TT