Strobis di ladang jagung
Pada cuti raya yang lepas aku dan eone sempat berkolobrasi menjayakan strobist di ladang jagung di Kampung Tersusun Batu 10, Chemor. Idea eone untuk membuat crop circle dan gambar2 ala sifoo Ted Adnan di ladang jagung terus aku persetujui disebabkan aku pun dah gian nak amik gambar.
Gear2 yang dipack termasuklah 2 trigger dan receiver cap ayam dari Hong Kong, Manfrotto monopod, Manfrotto tripod, Nikon D300+Sigma 18-50mm f2.8, Nikon SB-800, Nikon SB-26, Ricoh GX-1 rangefinder, 12 bijik bateri, dan 4 orang tenaga kerja yang termasuk aku, eone, adik aku Diana dan kakak ku Kak Mimi. Lalu bergerak ke ladang jagung kepunyaan Pakcik Dollah yang terletak 500m dari rumah. Kebenaran diminta sebelum shoot lantas pergilah meredah pokok2 jagung yang hampir hendak dituai seminggu lagi.
Tak berani pula nak redah jauh2 dalam kebun. So amik port yang dekat2 je. Port dijumpai lantas kerja2 setting pun bermula. Sorang pegang kamera, sorang pegang monopod, sorang jadi model dan sorang lagi layan pakcik Dollah. Setting yang digunakan vary from f3.5-f6.3 dengan shutter selaju 1/30-1/50 ditambah dengan !SO 640. Monopod hendaklah dipegang tinggi di atas subjek so ketinggian pemegang monopod di sini adalah amat diperlukan. Hasilnya bolehlah usha kat bawah nih…
Hebat bukan..hahaha.. Syok sendiri pula. Semuanya arahan eone sambil aku memberi idea sebatang dua. Tak pro lagi maa. Dah belaja ni so dapatlah skit ilmu2 nih. Shooting berjalan lebih jam dan sekembalinya ke rumah abis miang2 badan dek daun pokok jagung.
So tu je takat ni.. Papehal bole sound di bawah














chantek….
uhhuuu.. sila letakkan url seperti diatas pada nama kak mimie tuh.. hehehehehehe…..