Ori way
Agak lama tak update.. Sudah bosankah aku..ahhh, mana mungkin. Banyak lagi gambar2 yang aku nak paparkan kepada dunia. Walaupun buruk tak seberapa, tapi asal hati puas itu yang penting.
Kenampakan di post2 yang lepas banyak berkisar pada gambar2 dari rangefinder. Kini aku sudah addicted kepada rangefinder ditambah lagi dengan filem hitam putih. Entah kenapa aku dah agak bosan sedikit dengan digital. Kebolehannya mengambil tanpa had menyebabkan kadang2 kita terlupa value di sebalik gambar itu. Ditambah lagi dengan pelbagai manipulasi digital yang kadang2 menjengkelkan aku melihatnya terutamanya pada HDR. Benar, aku benci HDR. Tapi bukan benci sampai menolaknya terus. Aku pun pernah membuat HDR, adelah 2-3 kali dan taklah seperti sesetengah photog yg terus menerus bergantung kepada HDR untuk populariti photostream mereka. Membuatkan aku kecewa pada sesetengah yang pada satu ketika amat aku kagumi dalam landscape photography tapi selepas dirasuk HDR aku dah tawar dah kekaguman itu.
Berbalik kepada ori way or kepada rangefinder, ramai tak tahu apa itu rangefinder camera. Orang kebanyakan hanya berkisar kepada SLR atau PnS. Fungsinya hampir sama dengan film SLR, tapi lens nya fixed ie. not interchangeble, tiada mirror shutter dan menggunakan konsep range+finder iaitu membolehkan photog mengukur jarak dengan subject dan membolehkannya focus dengan sharp. Currently aku tidak mempunyai rangefinder camera tapi cuma pinjam je Yashica Electro 35 GTN kepunyaan adik aku. Ada RF yang manual, shutter priority or aperture priority. Untuk yang Yashica ni, aperture priority dimana shutter speed nya fixed kepada 1/500s. Agak pantas jadi shoot di keadaan low-light amatlah tidak digalakkan.
Di sini ada lah beberapa sample dari rangefinder ni. Lawa dan I’m lovin’ it!!
Actually ni diambil dengna Ricoh RF. Aku lebih suka RF ni berbanding Yashica tu sebab lebih ringan dan shutter priority
Gambar ni diambil oleh adik aku di Tesco Ipoh. Sepatutnya aku pakai baju putih supaya lebih nampak figure yg melompat tu.
Ni gambar my parent. Amat sharp dan perfect bagi aku
Sapa tak kenal Menara Condong Teluk Intan
Satu sight yang pasti kita nampak bila melalui Plus ke Ipoh. Agak kecewa setiap kali aku lalu kawasan ni disebabkan aktiviti melombong batu kapur.
Morning sun di kampung, Chemor
Agak menarik aku rasa. Papehal dengan adanya RF ni aku lebih menghargai apa yang aku shoot disebabkan untuk melihat hasilnya, kita kene process untuk jadi gambar. Bila dapat gambar tu agak puas disebabkan apa yang kita shoot tu menjadi. Hahaha, agak old school giler. Tah bila aku nak kembali kepada digital pun aku tak sure.. Mungkin dalam masa terdekat jika ada project hendak dibuat.
Post selepas ni InsyaAllah akan aku buat khas untuk gambar terbaik yang aku ambil sepanjang 2008. Stay tuned!!















best giler, aku digital pun blum sentuh lagi, apatah lagi RF nih.. LOL
eh u kerja mana skarang?