Update

Rainingheaven, originally uploaded by IzaD’s photoground™.

Sedikit update mengenai diri setelah lama menghilangkan diri dalam blog ni. Kehidupan seharian bertambah-tambah sibuk dengan workload yang banyak thanks to the new regime in my office but hell, I do love my job. Berakhir tugasan di pejabat dari 8.00am - 7.00pm sambung pula tugasan di rumah, memikirkan macam-macam mende yang agak merisaukan hati. Uban-uban mula terbit mungkin akibat banyak pikir, atau mungkin juga akibat aku masih tak dapat jumpa hair gel yang sesuai bagi rambutku..

Masuk tahun 2009, aku kembali aktif dengan dunia fotografiku yang agak suam-suam kuku sekembali dari Malaysia. Thanks to eone yang pinjamkan kamera rangefindernya, aku kini bernafas dalam filem. Era, Lucky, Acros, Neopan, Superia dan Reala, aku amat cintakan kalian. Cinta bertambah membuak-buak selepas pertambahan ‘isteri’ yang kedua selepas D300 in the like of Nikon FM2n. Jika korang dapat lihat photostream aku di flickr sejak 2-3 bulan lepas, hampir 90% adalah dari hasil filem. Banyak orang bertanya kenapa aku guna filem lagi sedangkan aku ada D300. D300 tu masih lagi aku gunakan tapi filem mengajar aku kenapa aku suka fotografi. Dengan digital, kadang-kadang kita rasa agak kurang menghargai setiap frame yang kita ambil dengan adanya butang DEL tapi dengan filem, setiap frame adalah penting. Setiap frame aku compose dengan sehabis baik demi mengharapkan result yang baik keluar selepas diproses. Rasa excitement dan thrilled memang nikmat sekali ketika nak tunggu film tu developed n scanned. Bila hasil dah keluar memang rasa nikmat tahap orgasm even di tambah lagi dengan element of surprise. 99% gambar dari filem aku tak edit dari segi colour dan tone tapi ada 10% yang aku crop skit untuk dapat closed-up.

Mungkin agak tertanya-tanya siapakah gerangan orang di atas? Sebenarnya itu adalah Melissa aka Lys atau lebih dikenali sebagai rainingheaven dalam dunia blogging dan flickr. Aku sudah mengenali Lys ni agak lama juga, dalam 3 tahun tapi dalam online sahaja. Sabtu lepas aku team-up dengan dia dan Ju dalam FMDC’s Photorace 2009. Memang best giler ditambah lagi dengan jumpa member2 online yang selama ini dikenali dalam dunia forum, blogging dan flickr for the past 2-3 tahun macam bigbro, zilzals, firdaus, dan ramai lagi lah. Tak lupa jugak member2 baru macam Dr Hakam dan Malik yang memang hardcore filem. Hampir terlupa aku dengan Chot, sorang yang aku kenal agak lama juga melalui blognya yang kini agak suam-suam kuku, gayaruangkepelbagaian. Time tu aku rasa dia baru pegang kamera lagi, tapi sekarang aku boleh kata dah jadi Raja Candid Malaysia.

Nice meeting you all!!!

Satu yang agak hambar setakat ini, aku rindukan Landscape photography….


Comments

  1. Quote

    i did the same. but not as good as you.

  2. Quote
    Izad (subscribed) said March 3, 2009, 10:31 pm:

    i did the same. but not as good as you.

    then we’re in the same ship Lis!!

Leave a Comment

Formatting Your Comment

The following XHTML tags are available for use:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

URLs are automatically converted to hyperlinks.