Perihal

| dipanggil IzaD dan dilahirkan pada 14 Jun 1984 di Hospital Besar Ipoh | setinggi 175cm dan berberat antara 70-75kg mengikut skala makanan yang dijamah dan diproses buang setiap pagi dan malam | rumah tetap di Chemor (ooo, Chemor) Perak tapi hidup berpindah-randah dari Chemor ke Ipoh ke Kluang ke Seremban ke Sheffield dan ke Chemor kembali mengikut tempat tinggal, belajar dan kerja | mempunyai fizikal yang menarik sehingga ramai awek terpegun melihat tetapi taklah sehensem Brad Pitt tapi sedikit atas level dari Takuya Kimura | berjiwa kental kekadang sentimental juga, suka berfikir tapi bukanlah mengenai pelajaran, tak kreatif tapi kritis dan open-minded, tak suka mengemas, kurang peka dan waspada dengan sekeliling, membenci dan menyukai semua orang, tak suka tidur petang, boros berbelanja, cermat memandu, suka kopi cap TV, juga teh perisa Lady Grey, suka makan, mengakibatkan perut boroi, tapi pantas mengempisnya dengan work-out, suka outdoor, hutan, nature, camping, mendaki dan yang sebulu dengannya tapi kurang membuatnya akibat kekangan masa, tak suka menunggu, pemarah berkala, menyebabkan ramai takut dengan aku, mahupun segan, tapi aku tak kisah | mempunyai pelbagai hobi antaranya berfotografi dan mengumpul tshirts dan jersey juga kasut/sneakers yang mengakibatkan balance bank susut tiba hujung bulan | kipas-susah-mati Manchester United dan mana-mana fan Man Utd secara automatic menjadi sekutu aku | juga kipas-susah-mati Butterfingers walaupun aku tak pernah tengok depa secara live | menulis blog secara tiba-tiba untuk mengelakkan pembaziran bandwidth yang telah dibayar untuk photoblog di hatemaster.net | juga boleh melihat hasil gambar yang tak seberapa tapi membanggakan di flickr | aku kurang menulis perihal diri, hal minyak naik, hal Anwar nak ambil-alih kerajaan, hal reformasi, hal awek-awek, hal dunia mahupun hal kucing hang nak beranak. 80% adalah mengenai foto yang aku ambil dan fotografi secara amnya | jika kome suka maka linklah aku maka akan aku linkkan kembali | boleh berutus surat elektronik di
![]()
atau boleh ditambah rakan di facebook, myspace atau friendster dengan menggunakan email yang sama.
encik jiwa kabus..tolong ajarin gue uhuh..
bole je blaja..tp kene le byk bertanye..baru jalannn